JALAN2..

Friday 14 September 2012

UiTM di hatiku :)

Assalamualaikum,,,, geng,,, ape khabar semua?? Sihat? 

Fuh fuh fuh,,, tiup sikit,,, Cis banyaknye habuk. Heee... almaklumlah dah lame tak update sayang aku nih. Nampak gayenye dah dua minggu aku menetap di bumi Shah Alam ni. Setakat ni kehidupan aku kat sini okey lagi lah. Roomate pun alhamdulillah semuanye sekepala, kirenye boleh ngam lah orang kata. Assignment pun so far takde lagi, ye la baru lagi kan. Yeahh,, kan bagus kalau sampai habis belajak takdak assignment kan. Melampau lah tu. Hee,,

Kalau nak ikutkan duk sini memang banyak bezanya dengan mase duk kat matrik. Macam2 bezanya nak-nak pulak orang kate duk kat bandar besar macam Shah Alam ni kan, mase mule-mule menjejakkan kaki kat sini macam-macam yang aku rase,
  • firstly : marvelous sebab dapat masuk U, nak pulak dapat masuk UiTM coz merupakan U terbesar di Malaysia.
  • secondly : excited sebab dapat teruskan bidang yang memang aku minati since aku masuk teknik dulu.
  • thirdly : gembira sebab akan dapat kawan baru dari pelbagai negeri dan adik beradik baru. 
  • fourthly :  risau  jugak takut kene 'culture shock' coz orang cakap kat s.alam ni sosial sikit tapi so far alhamdulillah lah. Masih mengekalkan budaya timur harap-harap lah sampai habis study lah kan. 
  • fifthly :  sedih coz terpaksa berjauhan lagi dari family dan momo aku. 


Aku nak share sikit beza Uni dan Matrikulasi. Kalau yang dah tahu tu takpe lah tapi kepada yang tak tahu tu meh sini aku bagitahu. 

Universiti: 
  • Kalau sem pertama kelas tak pack. Ade kelas pagi sampai petang, ade kelas pagi je, ade kelas petang je, ade gak kelas sampai malam. 
  • Pakaian bebas, tapi kalau macam UiTM hari Isnin dan Jumaat wajib pakai baju kurung. Kalau siswa pakaian formal hari isnin je.
  • Boleh keluar sesuka hati tapi kalau tinggal di kolej kediaman sampai pukul 11.00 malam je.
  • Boleh bawak kenderaan dalam kampus tapi kalau sem pertama cuma boleh bwak motor je untuk UiTM lah. Uni lain aku tak tahu lah pulak.
  • Banyak assignment dan full mark untuk final exam cume dalam 50 atau 60 percent je bergantung pada   kos dan subjek. Jadi selebihnye markah untuk assignment lah.
  • Banyak pakai duit untuk yuran kolej kediaman, pendaftaran subjek, makan, pengangkutan, tapi kalau macam aku ok lagi lah sebab aku masuk UiTM. Dan UiTM lah Uni paling murah bayaran dia kalau nak bandingkan dengan Uni lain. Jadi aku sarankan mohon lah UiTM. :)
  • Banyak bende kene survive sendiri. Jadi duduk kat U ni kena banyak bergaul, tak boleh malu-malu, pandai bersosial tak boleh jadi macam katak bawah tempurung dan kena pandai pilih kawan. 
  • Kolej kediaman hanya disediakan untuk satu sem saje kalau UiTM lah bagi yang sambung degree dari IPT lain dan matrikulasi. Kalau U lain ade gak provide kolej kediaman sampai tamat pengajian. Depends dekat U tu.
  • Pelajar dibenarkan berkahwin dan masih boleh meneruskan pengajian.
  • Perlu mencari tajaan, biasiswa atau pinjaman. Kalau agak-agak yang banyak duit tu tak payah apply pun takpe.  

Matrikulasi:

  • Dapat kolej kediaman sampai tamat pengajian.
  • Wajib pakai pakaian formal setiap hari. 
  • Hostel dekat dengan kelas. Hanya berjalan kaki.
  • Dapat elaun lagi kalau tahun ni dalam 2ribu lebih kalau tak silap. Zaman aku dulu dalam 1ribu lebih je. Untungkan dah lah tak payah apply ptptn ataupun mane2 biasiswa. Korang cume perlu belajar dan dapat elaun pulak tu.
  • Tempoh pengajian singkat dalam 1 tahun dan paling lama pun 2 tahun je.
  • Assignment tak banyak, dan markah untuk final exam dalam 70 percent, 20 percent markah assignment dan 10 percent lagi PB(penilaian berterusan).
  • Mase belajar pelajar tidak dibenarkan berkahwin.
  • Tidak dibenarkan membawa kenderaan sendiri.


p/s: Aku gembira menjadi warga UiTM, UiTM dah hatiku. Dan aku bangga kerana pernah menjadi warga KMTJ. Walau dimana pun tempat kita menuntut ilmu, jagalah diri sendiri. Elakkan daripada melakukan perbuatan yang boleh membinasakan. CTHNYE MENIRU DAN MEMONTENG!

                            
AMARAN KERAS! JANGAN MENIRU OKEY :) Jadilah manusia yang berintegriti.