JALAN2..

Friday 1 March 2013

Jom 'share' make up stuff...

Assalamualaikum,, semua,, apa habaq?? sihat ka semua?? amboi mane pulak datang loghat utara aku nih,, hahaha musykil musykil,, 

ok hari ni aku nak ajak korang main kongsi barang make up nak tak?? sebenarnya aku ni bukan lah jenis yang suka make up sangat pun bila keluar *ok tu tipu,, 
e'eh kalau setakat calik celak kat mata dengan tempek bedak kat muka tu kira make up ke?? hah alah lumrah la kan perempuan suka make up and nampak cantik? ye dak? hehehe 

tetibe pulak teringat perbualan dengan mama aku di suatu malam pada zaman dahulu kala,

aku : mama ni lambat la bersiap, duk sibuk pakai make up semua. Tengok adik ni tak payah make  up pun.
mama : adik tu kecik lagi, tengok lah nanti dah besar  remaja mesti terasa nak make up jugak. 

dan dan betul la apa yang mama cakap tu, hehe sekarang ni kalau pergi mana-mana mesti nak calik celak ngan tempek bedak, tu benda wajib. Hahaha almaklumalah kite dah berjerawat awak so kene la tutup sikit ngan bedak, huhu okey jom kita mulakan permainan kita,,,  


1. Fair & lovely (advanced multi vitamin)


ni lah dia,, cantik dan putih kan model produk tu. Aku ni jenis kulit takde lah putih mane, muka pun dah berparut parut akibat daripada jerawat. Tapi so far aku suka lah produk ni walaupun takde lah nampak effect sangat kat muka aku. Yelah mane nak nampak effectnya kalau dah nak tepek kat muka pun malas arap bila nak keluar rumah je baru sapu.  Yang penting tu 'istiqomahhhhh' you'olls jangan setakat hangat hangat tahi ayam. Btw betul ke tahi ayam tu hangat?? -___-

2. Maybelline Mineral Power (concelear) 



produk ni aku baru je guna, fungsi produk ni adalah untuk menutup 'mata panda' korang tu. Hah aku ni jenis manusia yang mempunyai 'mata panda' a.k.a eyebag yang agak teruk. So ni lah salah satu cara untuk aku mengaburi mata mata orang lain yang memandang,, huhu alhamdulillah mungkin tak keseluruhan tapi sekurang kurangnya dapat la cover sikit 'mata panda' tu. At least kita dah usaha kan?

3. Mac black eyeliner


lebih kurang macam ni lah eyeliner yang aku selalu guna. Tak perlu mahal2 aku beli rm 5 je you'olls, tak tahu lah pulak kalau yang aku beli tu tiruan. huhu tapi kalau bab eyeliner aku tak kisah sangat jenama apa asal warna dia sesuai dan mudah nak guna. Before this, aku guna eyeliner yang jenis pensil tapi leceh pulak coz nak kene rajin 'asah' macam korang 'asah' pensil waktu sekolah rendah dulu tapi eyeliner ni  korang tak boleh lah asah kasar kasar macam korang asah pensil biasa tu sebab dia sangat lembut dan mudah patah. 

4. Silky White Lightening 2 Way Foundation.


hah ni lah produk yang paling aku suka, nak tahu kenapa? Coz bedak ni diprovide kan sekali dengan foundation taw jadinya conferm2 lah aku tak perlu nak beli foundation kan so jimat duit. Foundation yang kecik coet tu je dah berapa harga dia kan? Tak perlu membazir  hehehe *nampak tak permainan di situ. By the way aku pun tak berapa suka pakai foundation ni, rasa macam melekit lekit je kat muka. Tapi serius so far aku suka giler bedak ni. Bila tepek kat muka rasa ringan je. 

5.  Lip ice sheer colour 


ni pulak lip ice sheer colour, aku ni jenis tak suka pakai gincu coz bibir aku ni memang semulajadi tebal dan agak merah. Pernah beberapa kali lah aku try pakai lipstick tapi memang tak sesuai you'olls lagi menyerlah ketebalannya. Hoho.. tambahan pulak bibir aku ni cepat kering, jadi lip ice ni sangat sesuai dengan bibir aku lagipun lip ice yang aku guna memang takde perisa jadi kalau pakai waktu bulan puasa pun gerenti selamat kan?? Bibir korang pun akan nampak natural je takde warna2 tiruan, lagipun natural tu pun lagi better kan dari tiruan. Tapi terpulang la pada citarasa individu tu sendiri. 


oklah sampai sini saja, 'permainan' kita pada hari ini. Nanti kalau ada 'permainan' baru kita share lagi okey. Btw aku lupa nak inform harga setiap product yang aku guna. Hehe korang cari lah sendiri k,, usaha tangga kejayaan. Lagipun aku pun dah lupa harga 'mereka-mereka' semua. Sampai ketemu nanti kawan kawan,,, 


p/s : we never noticed the beauty because we were too busy trying to create it. C&P from 'pakcik google'