JALAN2..

Sunday 30 June 2013

MAN VS WOMEN!

Assalamualaikum semua,,, 
pergh dah lame giler nampaknye aku tak update blog aku nih. Huhu almaklumlah disebabkan kekangan mase yang tak mengizinkan dan assignment yang memerlukan perhatian untuk disiapkan maka terpaksa lah aku melupakan hasrat untuk mengupdate blog. Walaupun hati sebenarnye meronta ronta nak update story. hoho *padahal tak tahu nak update ape -,-'

Ni pun tengah final aku curi2 mase update blog hehe. Okey hari ni aku nak share sikit bezanya antara lelaki dengan perempuan. 

Bab 1 : Perempuan lebih kuat membebel daripada lelaki. Itu lumrah okey! Tapi lelaki kalau jumpa yang jenis membebel konferm perempuan pun kalah. Aku pernah jumpa lelaki macam tu, huh memang panas beb telinga dengar diaorang membebel. 

Bab 2 : Lelaki lebih mementingkan sahabat walaupun dia dah ada kekasih tapi perempuan bila dah ada kekasih mereka akan lebih memilih kekasih berbanding sahabat. Konferm! Huhu

Bab 3 :  Ya perempuan memang lambat bersiap. Tapi percaya tak ade lelaki yang bersiap lagi lambat daripada perempuan. Tak percaya?? 

Bab 4 : Lelaki kalau tengah marah lebih baik jangan cakap apa apa. Tapi kalau perempuan tengah marah cubalah pujuk. Sebab perempuan ni hati dia lebih lembut. ^^ Kalau tak jalan baru senyap okey.

Bab 5 : Perempuan lebih senang dengan lelaki yang sentiasa buat dia ketawa tapi lelaki lebih senang dengan perempuan yang setia mendengar cerita dan masalah dia. Betul tak? 

Bab 6 : Lelaki lebih suka meluahkan perasaan melalui tindakan tetapi perempuan lebih cenderung meluahkan dengan kata-kata. Conthnya, lelaki kalau cemburu biasanya dia takkan cakap 'saya cemburu tengok awak rapat dengan dia' tapi mungkin dia akan bagi amaran dekat lelaki tu supaya jangan kacau gf dia. Hehehe Tapi kalau perempuan mesti dia akan cakap 'hurm saya taknak awak rapat lagi dengan perempuan tu.' *sambil kesat mata. 

Bab 7 :  Lelaki susah nak mengeluarkan air mata, jadi kalau lelaki tu sampai menitiskan air mata untuk 'awok' faham fahamlah maknanya dia betul betul serius dengan 'awok'. Sebab lelaki ni terkenal dengan ego dia yang tinggi melangit.

Bab 8 : Perempuan memang terkenal dengan kaki shopping. Tapi gurls ni sebut je nak g shopping kadang kadang ape je yang dia beli anak tudung je sehelai. Lelaki pulak memang jarang shopping tapi sekali dah shopping habis beratus. Selipar sepasang pun sampai 60, 70 hinggit. Huhu *Pengalaman mempunyai seorang abang. 

Bab 9 : Perempuan kalau umur dah 23 ke 24 mesti dah pikir pasal kahwin. Tapi lelaki umur macam tu lah mereka pikir cara untuk mengumpul duit dan menstabilkan kedudukan kewangan mereka dulu. Jadi orang perempuan kena lah paham yea, bukan sebab tak puas enjoy tapi lelaki2 ni memikirkan masa depan.               *Jadi moralnya perempuan jangan lah cari lelaki yang sebaya.

Bab 10 :  Lastly ni aku suka, lelaki ni jangan tak boleh cakap berkias kias memang diaorang ni lambat paham. Jadi perempuan kena cakap direct, tak boleh bengkang bengkok conferm diaorang buat tak tahu. Hahaha 

p/s : apa apa pun perempuan dan lelaki saling melengkapi.

^_^