JALAN2..

Monday 6 May 2013

TIPS ELAKKAN DAN HILANGKAN PARUT JERAWAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Okey hari ni aku nak update blog lagi,, dah kata cuti kan, so kita kenalah memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya,, huhu jadi untuk posting kali ini aku nak share sikit tips or rahsia nak elakkan dan hilangkan parut jerawat. Nak tahu??

check it out!!

First :
Letakkan kulik kayu manis. Caranya hiris kulitnye halus halus kemudian tepekkan di muka yang ada parut or kesan jerawat tersebut. Cara ni jujur aku cakap memang aku pun tak sanggup buat coz agak pedih. Tapi tapi memang berkesan. So tak salah kan tahan sikit? huhu

Second :
Elakkan memicit jerawat yang baru nak tumbuh. Kalau korang gatal jugak nak picit jerawat tu pukul je tangan tu hah kalau perlu gigit je tangan tu huhu. Tak salah kalau korang nak picit jerawat tu, tapi probability akan terjadi nye parut yang tak diundang di muka dan lebih parah apabila muncul nye lubang lubang yang tak sepatutnya sangat lah tinggi okey.

Third :
Petua dari makcik aku pulak, basuhkan muka dengan air basuhan beras yang pertama tu. Bukan setakat untuk kurangkan parut jerawat tapi korang akan rasa kulit muka korang lebih halussss jea lepas basuh dengan air basuhan beras tersebut. >,<

Fourth :
Yang ini aku selalu buat, kalau boleh lepas ambik wudhu tu tak perlu lap dulu ea biar dia kering sendiri. Lagipun air wudhu' ni bagus, banyak kelebihannya. Dan kalau gurls yang dalam waktu 'cuti' tu pun boleh jugak ambik 'wudhu' okey. Dan ini lah antara kelebihan berwudhu, c&p dari pakcik google,,


"Para Pakar membuat kesimpulan bahawa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan mampu mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangkan kekejangan menjadi rileks saraf-saraf dan otot, kehilangan kenaikan denyutan jantung dan sakit-sakit otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur) ". 





p/s : demam PRU masih belum berakhir, di media sosial ramai yg beragama islam saling bertikam lidah sesama sendiri, janganlah kita sebagai umat islam berpecah belah sebab perkara yang dah berlaku sebaiknya kita umat islam mulai dari sekarang bersatu hati, bersatu tenaga menentang kejahilan dan kemungkaran serta mencari inisiatif lain untuk menegakkan agama Islam jika benar kerajaan yang memimpin sekarang ternyata tersasar dari landasan Islam yang sebenar.