JALAN2..

Friday 28 December 2012

EXAM MOOD!!

Assalamualaikum,, ahlanwasalan...
Hari ini aku tak nak lah menulis panjang2 dan sempena exam yang bakal tiba ni aku nak share sikit pasal

TIPS TIPS BELAJAR : 

1. Belajar ikut mood, kalau rasa tak de mood nak belajar better lah korang tak payah belajar sebab conferm-confermnye tak masuk dalam otak apa yang korang belajar tu.
2. Buat soalan past year, dengan cara tersebut korang akan tahu macam mana bentuk soalan dan masa tu lah baru korang tahu sejauh mana korang faham satu2 subjek tu.
3. Buat lah nota awal-awal jangan dah dekat nak exam baru nak buat hoho walaupun aku selalu buat. Lagi satu better korang buat dalam bentuk 'mind map', tapi terpulang lah ada yang jenis tak minat buat mind map. Cara lain yang korang boleh buat ialah korang potong kertas kecik2 dan jadikan bentuk buku yang senang korang nak bawa kemudian tulis lah nota korang dalam tu. :)
4. Jangan ikut orang kalau nak study coz lain orang lain citarasanya, ada orang boleh study malam tapi ada jugak yang jenis lebih suka study pada sebelah pagi jadi terpulanglah pada korang. Macam aku, aku lebih prefer study waktu malam sampai awal pagi. 
5. Study group ke sorang sorang ke depends lah kat korang. Tapi biasanya study group lagi sesuai untuk subjek pengiraan. Kalau subjek lebih kepada hafal better lah korang study sendiri, coz takut nanti bukannya subjek tu yang korang ingat tapi pasal gosip pulak, heh nak nak perempuan kan???
5. Akhir sekali, banyakkan lah solat hajat. Yang paling penting solat wajib tu janganlah tinggal(peringatan untuk diri sendiri jugak). Lagipun takde maknanya kan kalau kita setakat kejar dunia semata-mata kerana yang betulnya dunia hanyalah tempat persinggahan dan yang pasti itu adalah mati.


dan aku selalu berpegang pada duit. Apa? Mata duitan?? Eh, disebalik perkataan duit tu tersimpan seribu makna taw,, nak tahu???
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
d-doa
u-usaha
i-ikhtiar
t-tawakal


p/s : LOOK AT YOURSELF AND TELL LIKE THIS,, I CAN DO IT!!!

Sunday 23 December 2012

DINNER FOR MY FIRST SEM

Assalamualaikum semua penduduk muka bumi Allah, pertama sekali marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan dan mengupdate blog hoho,,, 
alhamdulillah ,,, 




dikesempatan ini saya juga ingin meminta maaf kepada pembaca setia blog saya kerana mungkin ada diantara anda yang ternanti-nanti cerita terbaru dari saya. Hari ini saya sajikan cerita terbaru untuk anda pembaca setia saya. *kenapa skema sangat ayat aku hari ini.*
 Masalahnya aku ni ada ke pembaca setia, perasan betul kau ni ida. Apa kau ingat kau tu femes sangat ke??  yang ado,, hoho lainlah maria elena ke, dena baharin ke, hanis zalikha ke takpun ben ashaari kan. Aku pun selalu jugak blogwalking kat blog dyeorang. Dan rasenye belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Maria Elena dan suami. :) 

FIRST STORY 

Ok berbalik kepada title diatas aku nak kongsi sikit ngan you'alls pasal dinner yang aku attend tuk sem ni. First dinner is called MPG atau nama rasminya Majlis Anugerah Kecemerlangan yang diadakan untuk student sem akhir. Dan aku sebagai ahli Sekretariat Mahasiswa Fakulti (SMF) seperti biasa terpaksa lah menguruskan program tersebut. Bile uruskan program memang lah korang akan rasa penat tapi korang akan rasa sangat berpuas hati bila melihat senyuman tetamu yang datang :) DAN antara aktiviti yang menarik pada malam tersebut antaranya, tarian, nyayian, mainan biola dan keyboard. Anugerah dekan yang telah disampaikan untuk pelajar semestar akhir jugak telah membakar semangat aku untuk memperoleh keputusan seperti mereka. InsyaAllah aku akan buat yang terbaik dalam penjelajahan meneruskan ijazah. 


THIS IS THE JOURNEY OF MPG,, 

sebelum ; 

hiasan diluar dewan. Hah macam dewan majlis kahwin kan??

senyum jgn tak senyum :)

Alya mata tu tgk mana?? hehe

pandang camera XD

pandangan dari atas.

kusyuknye abang Shafiq kite buat keje.

besarnye udang. Bako pun sodap,, hehe


adik-adik tarian kita.

SEMASA ;

bahagian pendaftaran. :) bersama dgn Fatimah.

daftar dulu yea,,

gorgeous kan akak2 senior kite ni,,

red carpet :) ape ingat APBH je ada red carpet?? MPG pun ade okey

abang2 katering kite :) 

lecturer FSPU.

biro cenderahati :)

usher vip.

dekan FSPU. :)

semasa perasmian. :)

1,2, snap :)

lampu dye boleh tukar warna you'olls..

 barisan urusetia :) pun tak kurang gorgeousnye :)

handsome abang2 senior kite :D

air pun kene ikut tema taw,,, 

Kak Ayu membuat persembahaan nyayian. Serious suara dya best giler, dah macam syura.


presiden persatuan dalaman..

SELEPAS ;

persatuan dalam terbaik BISA. 

aku dan rakan-rakan.

bersama mantan SMF :)

SECOND STORY 

Dinner kedua yang aku dan kengkawan join ialah dinner for building department at Kompleks Sukan. Temanya wild wild west tapi aku sarung je mane baju yang ada, memang tak lah kan nak beli baju baru untuk pakai sekali je kan, baik lah aku guna duit tu pegi makan ke. Lagi untung hohoho XD  tapi untuk dinner tu sangat happening okey selain pemilihan tempat yang sesuai. Makanan dye pun mmmaaaarrrrvvveeellleeesss okey haha (curik trademark dalam rancangan warung kita.) Makanan yg dihidangkan seperti 3 jenis nasi goreng, salad, kambing bakar, ayam bakar, udang bakar, rambutan, tembikai, bee hoon soup dan roti bersama dengan black paper sauce. Dan persembahan yang paling best ialah tarian dari seorang senior sangat keellaaasss you'allss,, tapi tak sempat lak nak rakam,,

dan tak sah kan kalo tak ambik gambar,, :D

bergambar satu kelas tapi ada jugak yang nak interfrem.

king and queen pada malam tersebut. 

mus bersama dengan hamper yang dimenangi :)

cenderahati :)

dari kiri, wawa, aku, sadiqin, mus, nazrul. 

our lecture Sir Azizan.

students lelaki bersama dengan lecture kami :)


p/s : gud luck and all the best kepada semua mahasiswa yang akan menduduki final exam pada bulan januari nanti. :) BELIEVE IN SUCCESS 

Saturday 1 December 2012

FIRST TIME IN PENANG ;)

Owh diary,, I'm back!!! Fuhh lame giler dah tak update blog nih. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan December. So secara tidak rasminya dah tiga bulan aku menjejakkan kaki di bumi s.alam ni dan lebih kurang lagi sebulan aku akan menghadapi final exam. Fuuhhhh satu hape pun tak prepare lagi, seriously aku rasa hidup agak pack lah jugak memandangkan aku melibatkan diri dalam sekretariat ni. So nak taknak aku dimestikan dan diwajibkan menghadapinya dengan pasrah. Hah! tak betul tu.
*ida lakukanlah tanggungjawabmu dengan ikhlas

By the way, beberapa minggu yang lepas aku telah menjejakkan kaki ke Penang. Wah perasaanya sangat awesome ok. Tapi sayang seribu kali sayang aku tak berkesempatan langsung untuk jejalan kat Penang tu kerana kami datang dengan satu tujuan dan harapan. Cewwwaaahh!! Mana taknya kiteorang datang bukan untuk melancong okeyh. Take note! Cume apa yang boleh aku gambarkan kalau korang pergi bandar Penang ade satu tempat tu korang akan rasa seperti berada dekat oversea,,, mungkin kesan penjajahan pada zaman dulu kala. Aku pun lupe dah apa nama tempat tu.. wink wink wink



Dan antara pengalaman yang menarik yang aku dapat ialah apabila kami diminta menari tarian joget pahang. Sangat kelakar ok. Dah lah tak pernah ada pengalaman menari tarian tradisional dan dalam masa yang singkat tulah kami berhempas pulas, pintu, kerusi dan segala yang ada, heheh untuk menjayakan tarian tersebut.

hehe inilah dye buktinya kami menari ;)

Dan sebenarnya banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan yang aku dan kengkawan lakukan kat sana. Tapi yang paling aku tak dapat lupakan ialah aktiviti explorace DAN mencari jawapan kepada clue yang diberikan. Sangat mencabar fizikal dan ketahanan minda okey. 

ni masa aktiviti poco-poco.

berjoging di sekitar UiTM Pulau Pinang.

before riadah petang bermula.

ok this is roti perancis. First time makan okey tapi sangat lah keras sampai kiteorang terpaksa tuang air supaya dia jadi lembut. 

this is my team. :) team yang paling banyak menang hamper. :D



barisan urusetia :)

berjalan di bandar Pinang.

sempat berposing di last check point.

sukanya bila dia ceria ;)



tolong saya!! Barang shopping tertinggal,, Kwang kwang

last day at Pinang. :(

*sangat berharap akan kembali ke Pinang lagi. :) END OF MY STORY TODAY.