JALAN2..

Saturday 1 December 2012

FIRST TIME IN PENANG ;)

Owh diary,, I'm back!!! Fuhh lame giler dah tak update blog nih. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan December. So secara tidak rasminya dah tiga bulan aku menjejakkan kaki di bumi s.alam ni dan lebih kurang lagi sebulan aku akan menghadapi final exam. Fuuhhhh satu hape pun tak prepare lagi, seriously aku rasa hidup agak pack lah jugak memandangkan aku melibatkan diri dalam sekretariat ni. So nak taknak aku dimestikan dan diwajibkan menghadapinya dengan pasrah. Hah! tak betul tu.
*ida lakukanlah tanggungjawabmu dengan ikhlas

By the way, beberapa minggu yang lepas aku telah menjejakkan kaki ke Penang. Wah perasaanya sangat awesome ok. Tapi sayang seribu kali sayang aku tak berkesempatan langsung untuk jejalan kat Penang tu kerana kami datang dengan satu tujuan dan harapan. Cewwwaaahh!! Mana taknya kiteorang datang bukan untuk melancong okeyh. Take note! Cume apa yang boleh aku gambarkan kalau korang pergi bandar Penang ade satu tempat tu korang akan rasa seperti berada dekat oversea,,, mungkin kesan penjajahan pada zaman dulu kala. Aku pun lupe dah apa nama tempat tu.. wink wink wink



Dan antara pengalaman yang menarik yang aku dapat ialah apabila kami diminta menari tarian joget pahang. Sangat kelakar ok. Dah lah tak pernah ada pengalaman menari tarian tradisional dan dalam masa yang singkat tulah kami berhempas pulas, pintu, kerusi dan segala yang ada, heheh untuk menjayakan tarian tersebut.

hehe inilah dye buktinya kami menari ;)

Dan sebenarnya banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan yang aku dan kengkawan lakukan kat sana. Tapi yang paling aku tak dapat lupakan ialah aktiviti explorace DAN mencari jawapan kepada clue yang diberikan. Sangat mencabar fizikal dan ketahanan minda okey. 

ni masa aktiviti poco-poco.

berjoging di sekitar UiTM Pulau Pinang.

before riadah petang bermula.

ok this is roti perancis. First time makan okey tapi sangat lah keras sampai kiteorang terpaksa tuang air supaya dia jadi lembut. 

this is my team. :) team yang paling banyak menang hamper. :D



barisan urusetia :)

berjalan di bandar Pinang.

sempat berposing di last check point.

sukanya bila dia ceria ;)



tolong saya!! Barang shopping tertinggal,, Kwang kwang

last day at Pinang. :(

*sangat berharap akan kembali ke Pinang lagi. :) END OF MY STORY TODAY.

No comments:

Post a Comment