JALAN2..

Sunday 29 December 2013

Alhamdulillah :')

Assalamualaikum readers... perghh dah berbulan tak update blog,, perasaan rindu nak update tu Allah je yang tahu,, uhuhu alhamdulillah petang ni Allah beri peluang dan kerajinan untuk mengupdate blog. Yahoo!!
First of all, nak ucapkan gud luck kepada semua yang akan menghadapi final exam bermula esok. Do our best! WE CAN DO IT!

Hari ni nak story sikit dgn u'olls...
tengah mengonline fb---- scroll punye scroll timeline terjumpa lah status seorang hamba Allah tentang seorang top model yang telah menarik perhatian aku,, maybe ade yang dah tahu pasal ni dan tak tahu lah aku orang keberapa yang baru tahu cite ni. ehehe 

Cerita ni tentang seorang model yang sangat lah berjaya dalam bidang modeling. Dia adalah Felixia Yeap. Dia sangat sangat seksi almaklumlah model faham2 je lah kan nak nak pulak model for playboy magazine. Tak kesah lah kan memandangkan she's not muslim. But now she's like to wear muslimah dress, baju kurung and hijab. She's said that she feel more peaceful when she wear all those muslimah clothes rather than 'seksi clothes'. And she also said that she trying to understand and learn more about islam. Sebak hati aku masa baca blog dia, yes she trying her best to avoid all those seksi modelling job. So then, we don't need push her too harsh. Just support her and take her to the right path. Because shes rights we do not know her difficulty and we not in her shoes. Just pray for her, semoga Allah s.w.t jaga dia supaya dia dapat memeluk islam tanpa kesulitan dan dapat menjadikan islam sebagai pegangan hidupnya. InsyaAllah.  

'Benarlah bahawa Allah memberi Hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki.' At least dia walaupun bukan lahir daripada Islam, jatuh cinta dengan islam dan ingin mendalami Islam. Tapi lain pulak dengan kita yang memang dilahirkan beragama Islam tapi lebih memilih cara hidup agama lain. Nauzubillah, semoga Allah jauhkan. 

P/s : peringatan untuk diri sendiri. Esok exam,, keep calm and just sit for the exam. InsyaAllah all is well. Ah di sini aku sertakan link blog Felixia Yeaps


this is felixia yeap. Shes look very beautiful with hijab. :)

Wednesday 14 August 2013

SPA MUKA FREE OF CHARGE!

Assalamualaikum readers,,, how your raya aidilfitri?
mestilah great kan? dapat makan puas puas setelah sebulan berpuasa. Dah berapa banyak kalori berjaya ditambah? hehe mesti banyak kan? Yelah mana taknya kebanyakan juadah hari raya berunsurkan santan kan yang konferm mangadungi lemak. Fuhh! Dan yang paling penting dapat duit raya, giler tak seronok dapat duit raya. Puasa tak cukup pun dapat duit raya lagi? *eh dah beso panjang pun dapat duit raya jugak? Haruslah kan selagi belum kahwin. Cumenye tahun ni kurang lah sikit almaklumlah umo pun dah nak masuk angka dua. Hehe 

Okey seperti tajuk diatas hari ini aku nak share sikit spa muka free of charge. Hehe nak tahu kat mana?
Jeng...........






























Jeng.....

























Jeng jawapannya at your own house lah. Hehe buat apa lah nak bazirkan duit banyak banyak semata mata nak pergi memanja kan kulit muka. Sedangkan korang boleh dapatkan perkhidmatan yang lebih murah. Berbekalkan RM10 korang boleh mengulang ngulang spa tersebut tanpa mengira waktu, masa dan tempat. Ihiks >,<

dan cara cara to do your own spa is:

first

what we need is cool powder or in malay as bedak sejuk. Tak kisah lah brand apa pun. As long nama dia bedak sejuk. hehe

second

tempek bedak sejuk tu di muka macam ni, ihihi dan biarkanlah selama mana yang korang suka. Lebih elok kalau pakai sebelum tidur dan cuci selepas bangun tidur. Tapi aku basuh terus sebelum masuk tidur sebab habuk bedak tu akan menyebabkan aku selsema. Tapi kalau korang yang tak ada alah macam aku ni boleh biarkan sehingga esok paginya. Kerana lebih mustajab katanye. hehe


third

lepas dah bersihkan muka dengan air biasa. 


Korang sediakan sebesen air panas, dan hulurkan muka korang hulurkan? betul ke ayat aku ni? *konfius jap
maksudnya korang just letakkan muka korang di wap air panas tu, jangan korang pergi letak terus muka dalam air panas tu pulak silap silap boleh melecur kulit muka korang. Konon nak jadi 'princess' tak pasal pasal jadi 'zombi' pulak. 

fourth

bila air dalam besen tu dah suam suam kuku korang boleh lah ambil sapu tangan yang bersih kemudian basahkan dengan air tersebut dan tuam or lap di muka korang. Korang akan rasa sangat best. Percayalah!

dan korang boleh lah bergaya dengan kulit muka yang lebih soft dan segar. Selamat mencuba xoxo idameswan. 

p/s : ramai orang mengamalkan collagen untuk kekal cantik. Hurm boleh cuba ni. 


Monday 29 July 2013

Jom buat puding roti.

Assalamualaikum,,, 
bertemu kita kembali dalam rancangan masak memasak. Hehe arini kite tukar selera pulak kan asyik berstory je so ari ni nak buat kelainan sikit. Disebabkan kebosanan tahap melampau sampai rase nak hentak kepala kat dinding takpun nak tidur je sampai tak reti nak bangun. Jadinye mood memasak dengan suke relanya muncul. Hoho walaupun hakikatnye memang tak pandai masak pun. Tapi apedehal sekarang ni teknologi semua ada, antara nak ngan taknak je. Huhu jangan lah jadi macam aku bile time nak masak dekat rumah sewa baru sibuk col mak mintak resepi hehehe podah malas belajar masak. 

dialog bersama ayah ku tersayang. ^_^
Aku : Adik nak cari budak fak engineering lah. Hehehe orang cakap handsome handsome.
Abah : Baik ada cari dekat fak kalunari, senang nanti adik takyah masak. Hehehe 
*amboi bapak aku ni pun macam paham paham je ape yang terbuku dihati. Takde lah sampai tak nak masak langsung kan? Nanti dah kahwin nak jugak masak untuk 'encik somi' kan, nak jugak masak makanan kesukaan 'encik somi' kan? Nanti takde lah 'encik somi' berkampung dekat warung hujung taman pulak. Lain pulak jadinya kan? Dahlah sama gender, ish 'nauzubillahminalzalik'. Yelah biasa tukang masak dekat kedai makan kan lelaki jarang bebeno nak jumpe tukang masak perempuan kat food stall. Hehehe 
nampak tak kat situ lelaki lagi terer bak masak memasak ni daripada perempuan?? Sebab tu lah antara kriteria lelaki idaman aku adalah yang pandai memasak. Huhu jadinya boleh main masak sama sama kat dapur. Awww sweetnye.~ Selain dapat menghasilkan makanan yang sedap, dapat jugak mengeratkan hubungan silaturohim diantara suami isteri. Amboi jauhnye pikir hoho
*tapi kalau tak pandai masak pun takpe at least rajin. 

out of topic. Okey jadi inilah dia antara bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan puding roti,

*dalam gambar tertinggal telur. 

1. susu segar 800ml(tak kisah jenama apa pun)
2. sebiji telur
3. satu sudu teh esen vanilla
4. 15 keping roti (tak kisah jenama apa pun and lebih pun takpe)
5. satu cawan gula pasir
6. 5 sudu besar marjerin
7. choco chip untuk hiasan

dan cara caranya adalah.

1. masukkan kemudian gaulkan marjerin dan gula tersebut dalam mangkuk besar. Macam ni.


2. Kemudian, lepas dah gaul. Masukkan susur segar tak kisah lah jenama ape pun dan gaulkan sekali sehingga sebati.

3. Okey mase aku buat step ke2 aku agak pelik lah, kenapa marjerin tu macam berketul ketul. Dalam hati risau lah jugak takut nanti tak jadi pastu kene buat yang baru kan. Nasib baik mama aku cakap takpe jangan risau nanti marjerin tu akan cair sendiri masa kita bakar. Tapi aku still was was dan nak tahu mama aku cakap apa? 'mama tahu lah mama biasa buat kek'. Hah dengar cakap 'senior' jangan melawan. huhu 

4. Step no four, carikkan roti kemudian masukkan dalam mangkuk yang telah sebati dengan susu, gula dan marjerin. (tak kisah carik kepada beberapa bahagian pun. It's up to you) kemudian kacau lagi lagi dan lagi. 

5.  Last but not least, *pergh speking u'olls. Masukkan esen vanilla dan telur, kemudian gaul lagi sehingga 'berkahwin' kesemuanya. 

6. Masukkan dalam loyang dan hiaskan dengan choco chip supaya nampak lebih menarik tertarik kau memang dabooom! Dan kalau ada roti lebih, boleh carik carik kan kemudian tambah atas acuan tersebut supaya puding tu lebih keras dan tak terlalu lembik. EH NANTI DULU! untuk mengelakkan puding roti tu melekat, korang letakkan dulu aluminium coil. Like this, 

*boleh jugak digantikan dengan kismis sebagai hiasan. 

7. Dan masukkan lah dalam oven, 150°C, 20-30 minit(masa mengikut kepada kebolehkerjaan puding menjadi keras, jadi kalau lembik boleh tambah masa)

8. dan siap!

*sila abaikan tudung saji tu. 

p/s : boleh lah alter ikut selera masing masing. Aku buat hari tu, kurang menjadi sebab sedikit lembik. Mungkin disebabkan roti kurang coz aku hanya gunakan 13 keping roti saja. Jadi untuk elakkan kejadian tersebut daripada berulang korang boleh lah guna roti banyak banyak lebih dari 15 keping pun takpe. Ok selamat mencuba. ;-)

Wednesday 24 July 2013

Kisah menarik saudara baru islam.

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip. Lagipun mase cuti ni je lah nak update puas puas nanti dah start kelas dah sibuk dengan assignment semua, mase tulah terpaksa tahan nafsu nak update kan. Hari ni aku nak share sikit tentang kisah menarik macam mana seorang hamba Allah yang berbangsa cina boleh memeluk islam.

Inilah kisahnya:

Dia tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, jadi namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah
Dia telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, dan sebab di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, dia terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga dia merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan dia bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga dia sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Dia mendapat hidayah(nama aku tu *perasan kejap) melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, dia mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Jadi , mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, dia mempunyai matlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Tapi untuk berdebat dengan rakan-rakan, dia telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin dia mengkaji, sebaliknya yang terjadi kerana semakin lama dia mula tertarik dengan ajaran Islam. Dia sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, dia mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, dia telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama yang Allah kurniakan kepadanya.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kepadanay adalah ketika dia didapati menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Dia merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan dia walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islamnya telah banyak ‘encourage’ dia untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Dia cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah
Keesokan harinya, ketika menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, dia semakin yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la dia mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Dia berasa hiba kerana berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusianya sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang dia terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Dia sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadapnya. Dia berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
p/s : Alhamdulillah bertambah lagi saudara islam. Orang yang bukan Islam berlumba memeluk islam malah sanggup dibuang keluarga untuk bersama sama dengan islam. Tapi kita yang memang dilahirkan islam berlumba lumba mengikut cara hidup agama lain. Mudah mudahan kita mengambil iktibar dari kisah tersebut. Sama samalah kita muhasabah diri InsyaAllah.

kat sini aku share gambar Lee Jo Yee binti Abdullah(kanan). ^_^

Sunday 21 July 2013

MEMBAZIR DI BULAN RAMADHAN.

Bismillahirohmanirahim...
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadhan pada tahun ini. Okey bersempena bulan puasa ni kita taknak lah kutuk kutuk or mengumpat pasal orang kan. Kalau boleh nak cakap benda baik je kan? Tengok lagu pun dah tukar, insyaAllah kita sama sama berbuat baik di bulan yang mulia ini dan berterusan sampai bile bile okey! ^_^ Gud bagus anak2 semua macam ni lah. Hikhik 

okey kite nak cite ape ea sempena bulan ramadhan ni. Hah aku ada satu perkataan yang aku rase sangat menarik untuk dibahaskan. Hah! Apa dia? This is we said as 'membazir'. Ish ish pada bulan ramadhan ni nampaknya rakyat Malaysia menjadi semakin membazir. MasyaAllah. Fakta juga ada mengatakan rakyat Malaysia lebih banyak membuang sisa makanan pada bulan ramadhan. Ape? Betul ke ni? Betul nak. Mak baru dengar fakta ni dalam berita semalam. Huhu *bercakap dengan penuh semangat*

Sebenarnya tak salah pun kalau kite nak beli segala macam makanan gajoh, rima, beruang (dipetik dari ayat mama aku) sekalipun sebab masa ni lah banyak makanan baru yang dicipta yang memang kita tak jumpa pun dibulan lain dik. Termasuklah beraneka jenis ayam telah dihasilkan. Hah contohnye, ayam pusing, ayam tempayan, ayam percik, ayam tergolek berguling guling semua ade dik. Bulan lain tak jumpa dik, bulan ramadhan je ade dik. Tak cakap lagi pasal kuih muih, segala macam kuih dijual dik seperti cekmek molek, onde onde, kuih lapis, kuih bakar, puteri mandi, badak berendam, itik berjalan terkedek kedek. *eh. sampai tak tersebut dik. hikhikhik

Masa bulan puasa ni lah kita nak makan benda yang tak ada pada bulan lain. Tapi jangan sampai membazir okey! Kalau rasa kita tak dapat habiskan eloklah control sedikit nafsu kita tu yea. Biar kita yang control nafsu jangan nafsu yang control kita.

Tips untuk kuat ketika bulan puasa, waktu berbuka banyakkan minum air putih dan makan buah kurma. Sebab buah kurma ni mampu mengenyangkan perut kita. Ape? Tak suke? Eh akak dulu pun tak suka buah kurma ni dik, tapi bila dah makan satu eh rase nak lagi pulak. Kat rumah akak ni hah sampai berkotak kotak dik buah kurma berjaya dihabiskan masa bulan ramadhan. Rasa dulu dik tak rasa tak suka dik. Tak gitu?

p/s : Selamat menjalani ibadah puasa fasa kedua kepada seluruh umat islam. Btw korang jangan tanye mak bapak pulak ape tu ayam tergolek berguling guling dengan kuih itik berjalan terkedek kedek. Sebab memang takde pun, tu rekaan je semata mata. Hikhik jangan marah tapi tak tahu lah pulak kalau dah ade kan? Kalau ade tu, sila sila lah share yea. ^_^ huhu ok lah bye semua. Semoga kita memperoleh lebih kebaikan di bulan puasa ini. InsyaAllah. 


Sunday 30 June 2013

MAN VS WOMEN!

Assalamualaikum semua,,, 
pergh dah lame giler nampaknye aku tak update blog aku nih. Huhu almaklumlah disebabkan kekangan mase yang tak mengizinkan dan assignment yang memerlukan perhatian untuk disiapkan maka terpaksa lah aku melupakan hasrat untuk mengupdate blog. Walaupun hati sebenarnye meronta ronta nak update story. hoho *padahal tak tahu nak update ape -,-'

Ni pun tengah final aku curi2 mase update blog hehe. Okey hari ni aku nak share sikit bezanya antara lelaki dengan perempuan. 

Bab 1 : Perempuan lebih kuat membebel daripada lelaki. Itu lumrah okey! Tapi lelaki kalau jumpa yang jenis membebel konferm perempuan pun kalah. Aku pernah jumpa lelaki macam tu, huh memang panas beb telinga dengar diaorang membebel. 

Bab 2 : Lelaki lebih mementingkan sahabat walaupun dia dah ada kekasih tapi perempuan bila dah ada kekasih mereka akan lebih memilih kekasih berbanding sahabat. Konferm! Huhu

Bab 3 :  Ya perempuan memang lambat bersiap. Tapi percaya tak ade lelaki yang bersiap lagi lambat daripada perempuan. Tak percaya?? 

Bab 4 : Lelaki kalau tengah marah lebih baik jangan cakap apa apa. Tapi kalau perempuan tengah marah cubalah pujuk. Sebab perempuan ni hati dia lebih lembut. ^^ Kalau tak jalan baru senyap okey.

Bab 5 : Perempuan lebih senang dengan lelaki yang sentiasa buat dia ketawa tapi lelaki lebih senang dengan perempuan yang setia mendengar cerita dan masalah dia. Betul tak? 

Bab 6 : Lelaki lebih suka meluahkan perasaan melalui tindakan tetapi perempuan lebih cenderung meluahkan dengan kata-kata. Conthnya, lelaki kalau cemburu biasanya dia takkan cakap 'saya cemburu tengok awak rapat dengan dia' tapi mungkin dia akan bagi amaran dekat lelaki tu supaya jangan kacau gf dia. Hehehe Tapi kalau perempuan mesti dia akan cakap 'hurm saya taknak awak rapat lagi dengan perempuan tu.' *sambil kesat mata. 

Bab 7 :  Lelaki susah nak mengeluarkan air mata, jadi kalau lelaki tu sampai menitiskan air mata untuk 'awok' faham fahamlah maknanya dia betul betul serius dengan 'awok'. Sebab lelaki ni terkenal dengan ego dia yang tinggi melangit.

Bab 8 : Perempuan memang terkenal dengan kaki shopping. Tapi gurls ni sebut je nak g shopping kadang kadang ape je yang dia beli anak tudung je sehelai. Lelaki pulak memang jarang shopping tapi sekali dah shopping habis beratus. Selipar sepasang pun sampai 60, 70 hinggit. Huhu *Pengalaman mempunyai seorang abang. 

Bab 9 : Perempuan kalau umur dah 23 ke 24 mesti dah pikir pasal kahwin. Tapi lelaki umur macam tu lah mereka pikir cara untuk mengumpul duit dan menstabilkan kedudukan kewangan mereka dulu. Jadi orang perempuan kena lah paham yea, bukan sebab tak puas enjoy tapi lelaki2 ni memikirkan masa depan.               *Jadi moralnya perempuan jangan lah cari lelaki yang sebaya.

Bab 10 :  Lastly ni aku suka, lelaki ni jangan tak boleh cakap berkias kias memang diaorang ni lambat paham. Jadi perempuan kena cakap direct, tak boleh bengkang bengkok conferm diaorang buat tak tahu. Hahaha 

p/s : apa apa pun perempuan dan lelaki saling melengkapi.

^_^

Monday 6 May 2013

TIPS ELAKKAN DAN HILANGKAN PARUT JERAWAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Okey hari ni aku nak update blog lagi,, dah kata cuti kan, so kita kenalah memanfaatkan cuti dengan sebaik-baiknya,, huhu jadi untuk posting kali ini aku nak share sikit tips or rahsia nak elakkan dan hilangkan parut jerawat. Nak tahu??

check it out!!

First :
Letakkan kulik kayu manis. Caranya hiris kulitnye halus halus kemudian tepekkan di muka yang ada parut or kesan jerawat tersebut. Cara ni jujur aku cakap memang aku pun tak sanggup buat coz agak pedih. Tapi tapi memang berkesan. So tak salah kan tahan sikit? huhu

Second :
Elakkan memicit jerawat yang baru nak tumbuh. Kalau korang gatal jugak nak picit jerawat tu pukul je tangan tu hah kalau perlu gigit je tangan tu huhu. Tak salah kalau korang nak picit jerawat tu, tapi probability akan terjadi nye parut yang tak diundang di muka dan lebih parah apabila muncul nye lubang lubang yang tak sepatutnya sangat lah tinggi okey.

Third :
Petua dari makcik aku pulak, basuhkan muka dengan air basuhan beras yang pertama tu. Bukan setakat untuk kurangkan parut jerawat tapi korang akan rasa kulit muka korang lebih halussss jea lepas basuh dengan air basuhan beras tersebut. >,<

Fourth :
Yang ini aku selalu buat, kalau boleh lepas ambik wudhu tu tak perlu lap dulu ea biar dia kering sendiri. Lagipun air wudhu' ni bagus, banyak kelebihannya. Dan kalau gurls yang dalam waktu 'cuti' tu pun boleh jugak ambik 'wudhu' okey. Dan ini lah antara kelebihan berwudhu, c&p dari pakcik google,,


"Para Pakar membuat kesimpulan bahawa mencelupkan anggota tubuh ke dalam air akan mampu mengembalikan tubuh yang lemah menjadi kuat, mengurangkan kekejangan menjadi rileks saraf-saraf dan otot, kehilangan kenaikan denyutan jantung dan sakit-sakit otot, kecemasan, dan insomnia (susah tidur) ". 





p/s : demam PRU masih belum berakhir, di media sosial ramai yg beragama islam saling bertikam lidah sesama sendiri, janganlah kita sebagai umat islam berpecah belah sebab perkara yang dah berlaku sebaiknya kita umat islam mulai dari sekarang bersatu hati, bersatu tenaga menentang kejahilan dan kemungkaran serta mencari inisiatif lain untuk menegakkan agama Islam jika benar kerajaan yang memimpin sekarang ternyata tersasar dari landasan Islam yang sebenar.

Monday 29 April 2013

MY DREAM CAR \^_^/

Assalamualaikum... 
okey hari ini aku nak share sikit pasal kereta impian aku atau dalam bahasa 'omputeh' my dream car. Korang pun mesti ada kereta impian yang korang nak sangat beli or guna kan. At least tak dapat beli pun dapat sentuh pun jadi lah kan. Paling 'koman' pun dapat tengok depan dua bijik mata pun ok lah kan? Ye idok. Hehe So far, kereta yang aku nak sangat dapat, memang teringin sangat sangat lah nak miliki     

taddddaaaaaaaaaa ni dia. 


audi r8. Perghh memang handsome kan design dia. Ni kalau aku dapat ni, ish confirm jadi bilik tidur aku ni. Dulu aku tak minat sangat brand audi. Tapi lepas aku tengok ada satu cite korea ni, diaorang guna kereta audi. Terus jatuh cinta, betul la kate mak mak kite, tak kenal maka tak cinta kan? Huhu 

Tapi kalau nak dapat sekarang memang tak lah kan? As a student tak mungkin lah aku mampu beli kereta macam ni. Alangkah kereta sorong tu pun belum tentu aku mampu beli hehe ni kan pulak kereta macam ni. InsyaAllah one day, doa-doakan lah yea, impian aku yang satu ni tercapai. huhu 

p/s : berangan-anganlah semampu yang mungkin kerana dari angan-angan itulah yang akan mendorong kita untuk bangkit dan berusaha untuk mencapai angan angan tersebut.

Saturday 20 April 2013

Oh my! External hard disk kena virus! Apa nak buat??

Assalamualaikum,,, semua. Sihat ke?? Mudah-mudahan sihat lah  hendaknya kan. Alhamdulillah,,                    go to the topic,
okey apa perasaan korang bila tibe tibe korang punya pen drive terkena virus and dalam sekelip mata zuuuppp jadi shortcut. Sedih, bengang, nak marah, kecewa, risau dan macam macam lah. Tapi tak tahu lah pulak kalau ada yang gembira kan. huhu 

nak nak pulak yang kena virus tu pulak hard disk kita kan, lagilah rase macam nak baling, hempas je hard disk tu kan. Itu lah yang aku rasa bile aku punya hard disk terkena virus dan terus jadi shortcut. Rase macam   dunia ni gelap sekejap, mana taknye semua gamba ada dalam tu start dari zaman muda2 sampailah sekarang. Sayang woo..  mase tu dah tak tahu nak buat ape, rase macam dah takde pilihan lain selain dari format je terus tapi,,,, sayang tu kalau format balik. Dah lah takde backup aduh! Then bile aku cek dekat drive tu file nye masih ade. So memang tak lah aku nak format terus kan, jadi dengan akal yang waras aku pun cari lah solution nye dengan cari dekat pakcik google.... 

dan inilah yang aku jumpa,, 

Holligan13
I had the same problem, which was caused by the program CIEUHU.EXE. it sucked.... basically what it did was change all folders on my flashdrive to shortcuts, but the drive still showed that it had data. The fix for this is was relatively easy for me and I hope it works for you.
1. Go to control Panel, Folder Options -- select VIEW--- select Show hidden files and folders and uncheck Hide protected operating system files (recommended) now click APPLY
2. go to your external media and it should show you all your folders hidden including the virus----- delete the virus and all the shortcut folders that have no data in them. create new folders and copy the data from YOUR hidden folders into them. once that is done delete the old hidden folders.
3. enter task manager--- find the program that is still running which will have the same name as the one you just deleted off the hard drive---- right click it and select open file location---- this should show you the virus location---- delete it!
4. return back to control panel, Folder options select view----- select DO NOT show hidden files and folders and recheck Hide protected operating system files (recommended)
5. Restart computer---- open task manager and ensure that the program is no longer running

This worked for me and I hope it works for you. Good Luck


credit : KLIK SINI.

so alhamdulillah dengan mengikut semua step2 itu, masalah aku pun selesai. Harap apa yang aku post ni membantu korang semua yang menghadapi masalah sama macam aku okey!

p/s : bermulalah perang pilihanraya dan bendera. Apa apa pun pilihan korang. janganlah sampai kita semua sebagai umat islam bertelagah sesama sendiri dan berpecah belah. Hargailah nikmat yang kita miliki sekarang, jangan sampai Allah s.w.t tarik balik apa yang kita miliki. Think before act! 

Friday 1 March 2013

Jom 'share' make up stuff...

Assalamualaikum,, semua,, apa habaq?? sihat ka semua?? amboi mane pulak datang loghat utara aku nih,, hahaha musykil musykil,, 

ok hari ni aku nak ajak korang main kongsi barang make up nak tak?? sebenarnya aku ni bukan lah jenis yang suka make up sangat pun bila keluar *ok tu tipu,, 
e'eh kalau setakat calik celak kat mata dengan tempek bedak kat muka tu kira make up ke?? hah alah lumrah la kan perempuan suka make up and nampak cantik? ye dak? hehehe 

tetibe pulak teringat perbualan dengan mama aku di suatu malam pada zaman dahulu kala,

aku : mama ni lambat la bersiap, duk sibuk pakai make up semua. Tengok adik ni tak payah make  up pun.
mama : adik tu kecik lagi, tengok lah nanti dah besar  remaja mesti terasa nak make up jugak. 

dan dan betul la apa yang mama cakap tu, hehe sekarang ni kalau pergi mana-mana mesti nak calik celak ngan tempek bedak, tu benda wajib. Hahaha almaklumalah kite dah berjerawat awak so kene la tutup sikit ngan bedak, huhu okey jom kita mulakan permainan kita,,,  


1. Fair & lovely (advanced multi vitamin)


ni lah dia,, cantik dan putih kan model produk tu. Aku ni jenis kulit takde lah putih mane, muka pun dah berparut parut akibat daripada jerawat. Tapi so far aku suka lah produk ni walaupun takde lah nampak effect sangat kat muka aku. Yelah mane nak nampak effectnya kalau dah nak tepek kat muka pun malas arap bila nak keluar rumah je baru sapu.  Yang penting tu 'istiqomahhhhh' you'olls jangan setakat hangat hangat tahi ayam. Btw betul ke tahi ayam tu hangat?? -___-

2. Maybelline Mineral Power (concelear) 



produk ni aku baru je guna, fungsi produk ni adalah untuk menutup 'mata panda' korang tu. Hah aku ni jenis manusia yang mempunyai 'mata panda' a.k.a eyebag yang agak teruk. So ni lah salah satu cara untuk aku mengaburi mata mata orang lain yang memandang,, huhu alhamdulillah mungkin tak keseluruhan tapi sekurang kurangnya dapat la cover sikit 'mata panda' tu. At least kita dah usaha kan?

3. Mac black eyeliner


lebih kurang macam ni lah eyeliner yang aku selalu guna. Tak perlu mahal2 aku beli rm 5 je you'olls, tak tahu lah pulak kalau yang aku beli tu tiruan. huhu tapi kalau bab eyeliner aku tak kisah sangat jenama apa asal warna dia sesuai dan mudah nak guna. Before this, aku guna eyeliner yang jenis pensil tapi leceh pulak coz nak kene rajin 'asah' macam korang 'asah' pensil waktu sekolah rendah dulu tapi eyeliner ni  korang tak boleh lah asah kasar kasar macam korang asah pensil biasa tu sebab dia sangat lembut dan mudah patah. 

4. Silky White Lightening 2 Way Foundation.


hah ni lah produk yang paling aku suka, nak tahu kenapa? Coz bedak ni diprovide kan sekali dengan foundation taw jadinya conferm2 lah aku tak perlu nak beli foundation kan so jimat duit. Foundation yang kecik coet tu je dah berapa harga dia kan? Tak perlu membazir  hehehe *nampak tak permainan di situ. By the way aku pun tak berapa suka pakai foundation ni, rasa macam melekit lekit je kat muka. Tapi serius so far aku suka giler bedak ni. Bila tepek kat muka rasa ringan je. 

5.  Lip ice sheer colour 


ni pulak lip ice sheer colour, aku ni jenis tak suka pakai gincu coz bibir aku ni memang semulajadi tebal dan agak merah. Pernah beberapa kali lah aku try pakai lipstick tapi memang tak sesuai you'olls lagi menyerlah ketebalannya. Hoho.. tambahan pulak bibir aku ni cepat kering, jadi lip ice ni sangat sesuai dengan bibir aku lagipun lip ice yang aku guna memang takde perisa jadi kalau pakai waktu bulan puasa pun gerenti selamat kan?? Bibir korang pun akan nampak natural je takde warna2 tiruan, lagipun natural tu pun lagi better kan dari tiruan. Tapi terpulang la pada citarasa individu tu sendiri. 


oklah sampai sini saja, 'permainan' kita pada hari ini. Nanti kalau ada 'permainan' baru kita share lagi okey. Btw aku lupa nak inform harga setiap product yang aku guna. Hehe korang cari lah sendiri k,, usaha tangga kejayaan. Lagipun aku pun dah lupa harga 'mereka-mereka' semua. Sampai ketemu nanti kawan kawan,,, 


p/s : we never noticed the beauty because we were too busy trying to create it. C&P from 'pakcik google'

Wednesday 20 February 2013

Wah!! Machonye dia, tapi....

Assalamualaikum,, saudara seislam,,,
hah jangan lupa jawab salam tu, tak jawab dosa, ^_^
okey,, hari ini nak cite ape ea? pikir jap ea...


hah ok dah habis pikir,,, meh sini baca dekat sikit, dekat sikit, sikit lagi, ok dah... hehe

Hani : "ida tengok tu handsome giler mamat tu!! *mata bersinar sinar* Tapi......."

hurm handsome, tampan, kacak, macho, cool, rupawan, dermawan, hartawan bla bla bla.....
lain orang lain pandangan dan citarasanya. Orang tua cakap rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Betul la tu kan? Bagi aku setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai setiap kecantikan dan kekacakan yang berbeza. Jadi tak perlulah kita merasa rendah diri dengan apa yang kita ada kan?
Dan seperti yang kita baca dialog kat atas nun, Hani rasa sangat excited dan memuji muji jejaka tampan yang dia nampak NAMUN kenapa mesti ada tapi di hujung ayat dye???
hah mesti you'olls tertanya-tanya kan?? mari kita baca dan lihat,,,



1.  Say no to smoking.

Pada pandangan aku lelaki yang tak isap rokok lagi handsome compare to lelaki yang isap rokok. Lagipun banyak sangat keburukan yang kita dapat dengan isap rokok ni. Hah rasenye tak perlulah aku bagitahu satu satu kan, semua pun dah tahu. Masalahnya kalau rokok tu just bagi keburukan kepada yang tukang isapnye je takpe lah jugak ye idak? tapi keburukannya lebih kepada yang menghidu asap rokok. Hish pantang betul aku bile pegi makan kat kedai ada orang isap rokok sebelah meja yang aku duduk tu. Nak je aku amik rokok tu patah patahkan than sumbat dalam mulut perokok tu. Biar terbakar lidah dia baru fobia dengan rokok. Hahahaha*keluar tanduk setan* hurm nak nak pulak yang isap rokok tu perempuan aduh hilang sudah  kejelitaan di situ. Dan dan yang paling aku suka lelaki yang tak isap rokok ni bibir dia lebih merah dari yang isap rokok. Awww, seksi gitu, i like. ^_^ *cukup ida cukup*



2. Say no to necklace and bangle.

Handsome dan bergaya kan?? Tapi rasanya nampak lagi handsome tanpa rantai di leher dan juga gelang. Sedar lah wahai adam, rantai bukan untuk anda tapi perhiasan untuk kaum hawa. Dalam agama Islam jugak turut menegas haram bagi lelaki memakai apa-apa perhiasan yang menampakkan seperti wanita. 

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)

Walaupun untuk berubat sekalipun, sebab banyak lagikan alternatif lain? Dengan dunia yang serba moden, takkan lah kita tak boleh nak cari alternatif lain untuk berubat. Sedangkan pelbagai teknologi baru berjaya kita cipta, kenapa tidak dalam teknologi perubatan. Lebih baik lah gelang yang dipakai digantikan dengan jam. Sekurang-kurangnya bila kita memakai jam kita lebih menghargai masa, bialah orang nak cakap,
"alah kau beria lah pakai jam, tapi datang keje datang kelas lambat jugak. Baik tak payah pakai letak kat muzium je". 
Korang jawablah balik macam ni "kire aku okey lagi walaupun tak menepati masa tapi at least aku 'hargai lah' jugak masa dengan memakai jam. Ni dah lah lambat tak menghargai masa pulak tu, jam pun tak pakai." Hah ada berani? Hah silap ari bulan makan penyepak kan korang cakap macam tu. Haha 
*masa itu periuk nasi saya*

3. Say no to short jeans.

Ok,, cuba korang tengok gambar kat atas. Mana lagi yang korang suka? Belah kanan or kiri. Kalau tanya aku opocoz la aku jawab kanan. Aduh melting melting.  huhu. Guys please lah jangan pakai seluar paras lutut bila keluar daripada macho terus ilang kemachoannya you'olls. Lagipun lutut tu kan aurat kan kan?? Ishh pantang betul aku tengok lelaki pakai seluar paras lutut than nampak bulu kaki lebat yang dah macam hutan tu, rasa macam nak tarik tarik je bulu kaki tu. Aku pernah buat okey, oppsss jangan salah sangka dekat abang aku je lah. Termasuk lelaki yang main sport tu yea kalau boleh elakkanlah pakai seluar atas lutut yea, buruk beno menegoknye. huhu 'Tepuk dada tanya iman.' 


4. Jangan meludah!

OMG jejaka jejaka diluar sana tu, tolonglah yea jangan meludah merata rata. Ish ish nampak pengotor sangat okey. Yang aku tak paham ni banyak sangat ke air liur lelaki tu sampai setiap lima minit nak kene ludah ishhh aku rasa perempuan pun ada air liur jugak tapi takde lah sampai macam tu sekali. Kalau dah muka jambu macam mana pun, tapi suka meludah merata rata ish terus Failed. Jadi jagalah diri anda yea supaya nampak lebih macho bukan hanchooo,,


5. Jauhi selipar 'jepun'!

Timah : Wauuuu! Peah handsomenye mamat tu, handsomenye kau tengok tu peah. Tengoklah sana tu. 
Peah : mane mane?? wah handsome giler Timah. Eh jap, eh tapi dia pakai selipar jepun lah. Ish taknak lah aku. 
Timah : Ye ke Peah?? Ha'ah la Peah. Ish arap baju je mahal. Tapi pakai selipar 10 hinggit je, ish reject lah.

Hah nampakkan??? jadi lelaki lelaki diluar sana, elakkan lah pakai selipar bila keluar terutamanya selipar jepun. Kalau korang nak dapat perempuan yang cantik dan gorgeous, penampilan korang pun kenelah gorgeous jugak. Barulah sesuai, takde lah nampak macam kucing dengan ayam. Eh kucing dengan ayam??  Yelah biasa nye kucing kan orang buat peluk peluk tapi ada ke orang peluk peluk ayam? Motif???  =_="      Okey go back to the topic. Tak kisah lah korang tu public figure ke tak, tapi penampilan tu penting. Gegurl zaman sekarang pun dah pandai memilih taw, dyeorang tak tengok rupa je tapi penampilan lah benda first yang akan diaorang teliti. Kalau muka korang handsome tambahan pulak penampilan menarik, sekali kenyit mata je lah perempuan akan melekat dekat korang. 


okeylah rasenye sampai sini je lah aku menaip untuk hari ini, jumpa lagi di entry akan datang. Maaf jika entry aku kali ini, menyakiti hati mana mana pihak. Hanya dari kaca mata seorang pemilik wedges 2 inci. 'Oh perempuan dan kasut ibarat lirik dan lagu memang tak dapat dipisahkan.' Huhuhu mungkin kalau ini blog elfira loy ke almy nadia ke nazim othman atau david teo yang punya maybe mereka akan menulis sesuatu yang berlainan daripada apa yang aku tulis. Yang paling penting selalu lah senyum dengan ikhlas kerana hanya dengan satu senyuman sahaja mungkin kita akan memberikan seribu satu tarikan kepada orang lain. 

p/s : First impression is important walaupun orang selalu cakap don't judge book by is cover. 

Monday 18 February 2013

You And Me

Di sini kita bertemu,,
kau hulur salam perkenalan, 
lalu ingin berteman denganku, 
oohh no,,, oh no adakah ini mimpi buatku???

aku pergi dan pergi,
terus berlari menjauhkan diri, 
kerna ku tahu diriku tak setanding kamu, 
oh mengapakah....

why?? I must like you??
why?? I fall in love with you??
why?? I miss you?? 
why?? i need you??
why?? i love you??

why,,,, why,,, why,,,

kau berjumpa orang tuaku,
mahu menikahi aku,
untuk bersama denganmu hingga akhir hayatmu,,,

betapa indahnya kisah kita, 
kau menerima diriku seadanya,
dan ku juga menerima dirimu,
owh inilah kisah you and me,,, 


p/s : rekaan semata-mata. ^_^



THE BEST DRAMA EVER :)

Hai semua bertemu kita kembali di blog iedameswan.blogspot.com. Ari ni aku nak cite sikit hah pasal drama  yang aku suka sangat tengok zaman muda muda dulu. XD dulu cite petang2 kat tv best best wa cakap lu. Start pukul 2.30 sampai pukul 5.30 mesti dok bertapa kat depan tv, bukak siaran TV3. Start dengan cerita amerika latin/mexico kemudian filipina dan akhirnya thailand. Mungkin korang yang lahir sezaman aku je lalui perjalanan cerita ni kan??? Masa tu takde lagi cerita indon ni. Cerita dulu pun meleret leret tapi cerita dia logik dan masuk akal tak macam sekarang cite yang entah apa-apa. Nak nak cite indon adoyai sesak nafas nak tunggu tamat, dah lah ceritanya sangat lah tak logik di zaman melinium ni. Then, jalan cerita pulak lebih kurang je kadang-kadang pelakonnya pun orang yang sama. Cuma harapkan muka kacak dan comel pelakon untuk tarik rating tapi sudahnya jalan cerita hampeh. Walaupun dulu aku mengaku lah aku salah seorang peminat drama dari seberang. Tapi sekarang ni nak tengok pun takde selera. 
*maaflah kepada peminat cerita indon HEHE tak berniat hendak mengkritik hanya luahan dari hati yang ikhlas

so now, I'm gonna to share a little bit of awesome drama that I like to watch. Mungkin siapa yang lahir pada zaman aku tahu drama-drama ni,

  1. Wai rai high school-thailand

2. Freshy high school sambungan wai rai high school


3. Soda and ice tea-thailand


4. Pangko sayo-filipina


5. Rosalinda-mexico 


6. Sanay Wala Nang Wakas-filipina


7. Ikaw Ang Lahat Sa Akin-filipina 


8.Rubi-mexico


9.Sebenarnya banyak lagi drama legend dulu dulu aku nak cerita tapi aku lupa pulak tajuk dia. Maklumlah usia pun makin meningkat,, ingatan pun makin lemah. Hohoho
*amboi macam dah tua sangat je


Tapi sekarang semuanya tinggal sejarah, katanye. Almaklumlah sekarang ni semua orang sibuk terkejar kejar tengok cerita korea. Yelah mana taknya pelakon comel2 katanye. Walaupun ada yang cakap muka asal orang korea ni tak comel pun sebenarnya, tapi dyeorang cenderung buat plastic surgery. Betul ke??? Tak kisah lah tu semua kan, yang penting jalan cerita dia best dan sweet jea. Lagipun drama korea ni tak heavy macam drama filipina, thailand semua tu coz episod dye pun tak banyak, nak download pun senang kan. Suke suke. Aku pun salah seorang peminat drama korea jugak hehe cerita je lah lagu2 aku tak minat sangat. Tambahan pulak watak antagonis dia pun tak sakit hati sangat kalau nak compare dengan cite thailand tu, dah jahat jahat sangattt. 


okeylah sampai disini sahaja post untuk hari ni. Salam sayang dari Ida ;) 

p/s : in journey to finish watch marry me mary! korean drama. ^_^


pelakon utama marry me mary! Awww i like the hair and I want the hair like her too!!  ^o^

Thursday 7 February 2013

Cinta2u.my

Assalamualaikum,, :)
Ok hari ni aku nak buat review sikit pasal novel yang baru habis aku baca. Nak buat review pasal movie baru aku ni bukan kaki wayang. Jadi aku buat je lah mana yang aku mampu. Ye dak?? 

Novel Cinta2u.my agak menarik lah jugak pada pandangan dan selera aku. Ye lah lain orang lain seleranya kan. Bagi aku ia memang sesuai untuk semua peringkat umur, dan untuk orang yang inginkan story yang santai serta tak terlalu memberatkan kepala. Walaupun aku agak sakit ati sedikit dengan watak utama yang mempunyai karakter yang suka memendam rasa dan bertindak tanpa berfikir panjang tapi gaya penulisannya agak menarik membuatkan aku berjaya habiskan novel ni hanya dalam masa tidak kurang dua hari. Yuhuu Yelah kalau pun cerita tu menarik tetapi gaya penulisannya agak 'kureng' akan membuatkan pembaca berasa mudah bosan dan tak tertarik untuk menghabiskan pembacaan.

 Karya yang ditulis oleh Weeda Airiza ni mengetengahkan kisah percintaan diantara golongan artis dan orang biasa. Ini serba sedikit sinopsis daripada novel tersebut:-

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!


Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan cut! kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!




ok lah bye bye :) nanti kalo ade novel menarik aku buat review lagi okey. 

p/s : "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan ." c&p renungan untuk hari ini. 



Sunday 6 January 2013

Pergi Tak Kembali :'(

Sape yang pergi tak kembali tu,, hurm cerita dye sangat sedih you'olls. Kot ye pun ida sedih sangat janganlah sampai tak bagi salam. Ish ish ish *sambil geleng geleng kepala

Assalamualaikum,, you'olls.. ok hari ini aku nak share sikit kisah sedih antara aku dan dia walaupun kisah ni dah lama berlalu. Tapi still beri kesan yang mendalam dekat aku. Bile je aku dapat berita kehilangan dia, sumpah wey terus air mata aku jatuh tanpa diundang. Ye lah mana taknye aku sayang giler okey kat dia. Kalau boleh hari2 aku nak peluk dye, tapi sebab aku ada alergic mama aku tak bagi peluk dye sangat. Aku ingat lagi makanan feveret dia, dia suke giler kot makan carrot. Katanya baik untuk mata. ^_^ Aku pun selalu main dengan dia, sikat 'rambut' dia, selalu bermanja dengan dia, selalu tengok movie sesama. Sweet kan kiteorang?? Banyak sangat kenangan kiteorang bersama walaupun tak sampai setahun. Hurm aku rindu giler dowh kat dia, sanggup dia pergi tinggalkan aku. Dan yang peling menyedihkan dia tinggalkan aku macam tu je?? Oh no, dia tinggalkan aku tanpa sepatah perkataan pun you'olls. Kalau orang yang korang sayang pergi tanpa berkata apa-apa mesti korang frust giler kan. Tapi tulah aku pun tak leh salahkan dia jugak coz memang dia diciptakan macam tu. Orang pun selalu pesan, kalau kita betul betul sayangkan dia kita kenalah terima segala kelemahan dan kekurangan dia. Dan itulah yang aku cuba lakukan. Mesti korang tertanya-tanya kan, siapa 'dia' yang aku maksudkan, dia adalah sat noh,,,


























1
2
3
snap
nama saya momo. kbye... walaupun arnab ni tak pernah mengeluarkan kata-kata yang puitis mahupun suara suara romantik, aku tahu dia sangat sayangkan aku. Sorry momo tak dapat bersama denganmu disaat saat terakhir hayat hidupmu. Sob sob,, 


p/s:sayangilah haiwan kerana dia pun makhluk Allah yang berhak hidup dan mendapatkan keamanan serta kedamaian di muka bumi ini :)