JALAN2..

Wednesday 24 July 2013

Kisah menarik saudara baru islam.

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menaip. Lagipun mase cuti ni je lah nak update puas puas nanti dah start kelas dah sibuk dengan assignment semua, mase tulah terpaksa tahan nafsu nak update kan. Hari ni aku nak share sikit tentang kisah menarik macam mana seorang hamba Allah yang berbangsa cina boleh memeluk islam.

Inilah kisahnya:

Dia tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, jadi namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah
Dia telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, dan sebab di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, dia terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga dia merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan dia bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga dia sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.

Dia mendapat hidayah(nama aku tu *perasan kejap) melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, dia mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Jadi , mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, dia mempunyai matlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Tapi untuk berdebat dengan rakan-rakan, dia telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin dia mengkaji, sebaliknya yang terjadi kerana semakin lama dia mula tertarik dengan ajaran Islam. Dia sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, dia mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, dia telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama yang Allah kurniakan kepadanya.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kepadanay adalah ketika dia didapati menghidap penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Dia merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan dia walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islamnya telah banyak ‘encourage’ dia untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Dia cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah
Keesokan harinya, ketika menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, dia semakin yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la dia mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Dia berasa hiba kerana berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusianya sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang dia terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Dia sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadapnya. Dia berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.
p/s : Alhamdulillah bertambah lagi saudara islam. Orang yang bukan Islam berlumba memeluk islam malah sanggup dibuang keluarga untuk bersama sama dengan islam. Tapi kita yang memang dilahirkan islam berlumba lumba mengikut cara hidup agama lain. Mudah mudahan kita mengambil iktibar dari kisah tersebut. Sama samalah kita muhasabah diri InsyaAllah.

kat sini aku share gambar Lee Jo Yee binti Abdullah(kanan). ^_^

No comments:

Post a Comment