JALAN2..

Wednesday 27 June 2012

Blog Ter'PANAS' Masa Kini :)

Assalamualaikum, Hai, Anangseyo,,,
Apa khabar kepada para readers sekalian, walaupun sampai ke hari ini still takde followers, aku tetap bersyukur kerana dapat mengupdate blog tercinta. InsyaAllah aku akan berusaha mengupdate entry2 yang lebih menarik. :d

lagipun berblogging in hanyalah sekadar memenuhi masa lapang, keje part time kate orang almaklumlah bile dah kebosanan ini lah kejenye. Nak2 pulak aku ni memang minat menulis dan dalam usaha menghasilkan novel sendiri mudah-mudahan usaha aku akan membuahkan hasil suatu hari nanti. Amin..

Berbalik kepada tajuk entri aku, aku nak share sikit pasal blogger yang telah berjaya menarik perhatian serta mempunyai kespecialan atau keistimewaan sendiri dalam usaha menarik para bloggers dan readers
-
-
-
-
-
untuk terus follow n kerap membuat lawatan ke blog mereka. Pinjam photo yea para blogger,
Antaranya adalah:-


apa yang bestnye pasal blog ni,  Cik Lyssa kita ni rajin buat tutorial tentang blog. Semua tuto ade kat blog dia. Jadi bagi korang yang masih tercari-cari tu pergi je kat blog dia conferm korang akan jumpa apa yang korang nak. 



Aku suka baca entri dia. Apa yang best pasal blog Cik Fatin Liyana ni ialah entri dia tentang setiap tempat yang dia lawati terutamanya Korea dan Bandung. So guys yang suka melancong boleh lah blogwalking di blog dia.



hah sape tak kenal dengan blogger femes ni kan? Ben Ashaari. Antara blogger yang rajin mengupdate blog. Dan semenjak jadi bapak ni kebanyakan entri tentang baby dye yang comel tu. Tapi siyes memang comel pun si Qhaliff tu rase nak cubit je pipi dia. hehehe lebih pulak aku. 



blogger yang juga seorang model ni sangat femes you'olls... Katanye Cik Hanis ni dah berjaya kalahkan Dato' Siti Nurhaliza tu maknenye betul-betul femes la kan. Al-kisah namanya mendapat tempat keenam  di pencarian Pak Cik Google mengalahkan Dato' CT sendiri. Top 10 u'olls...



soo sweet kan diaorng. Sorry akak curi gambar masa tunang akak. 
Maria Elena yang juga merupakan tunangan kepada abang Fatin Liyana ni sangatlah sempoi orangnye. Tak percaye?? Rajin-rajinlah jenguk blog die. Uniknya tentang blog ni mungkin kebanyakan entri Maria Elena menggunakan bahasa Inggeris. 



Yang buat aku kagum pasal mamat ni, dia dah ada studio photography sendiri beb walaupun masih muda. Korang ade? ?? N gamba-gamba photography dye memang superb!! gua cakap kat lu. Kalau tak percaye korang boleh pergi sendiri ke blog dye.



hah yang aku suka pasal blog dye ni. Dye ni rajin buat review pasal movie2 baru kat panggung. Jadi kepada korang yang memang giler panggung tu, bolehlah melawat blog dye ni. Untuk dapatkan maklum balas tentang movie yang korang rase was2 dan kurang yakin tapi nak jugak tengok. 



ni pulak blogger yang dikenali sebagai Cik Epal juga terkenal di kalangan para blogger. 


Seterusnya, 

owner blog ni tak dapat dikenal pasti. Apa yang aku suke giler pasal blog ni ialah blog dye semua cite pasal makan. Nak2 aku ni memang jenis food lover. Bagilah ape je semua aku bedal. Tapi jangan salah faham makanan halal untuk dimakan je la yea.

Hah dan yang last sekali ni paling aku suka dan gemar. Jeng jeng jeng
-
-
-

sekali-sekala best jugak kan dengar ceramah ustaz ni. Daripada asyik duk denga lagu je. Ye tak? Namun biasalah adat dunia ada yang suka ada yang tak suka. Dia pun manusia biasa jugak yang tak terlepas dari melakukan kesilapan. Tapi tak salahkan perkara baik yang dia sampaikan kita ambil dan jadikan sebagai ikutan. :)



p/s:inilah dia 10 blog yang aku rajin jenguk. Aku juga berharap satu hari nanti blog aku turut akan ada pengikut yang tersendiri. Dan aku tidak akan berputus asa dalam dunia blogging ni. Usaha kan lift kejayaan :)  

Friday 22 June 2012

Tentang Islam

Okey hari ni aku nak kongsi sikit pasal beberapa fakta menarik tentang islam ni:
  1. Tahu tak korang? Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Muhammad diikuti nama Jack.
  2. Perkataan-perkataan berikut adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Balcony bahkan Alcohol.
  3. Berdasarkan data daripada Kementerian Pertahanan AS. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama islam berkhidmat di US Militari.
  4. Solat pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat adalah solat Asar.
  5. Sebanyak 23 perang semasa Rasulullah memimpin, hanya satu sahaja yang mengalami kekalahan iaitu perang Uhud.
  6. Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun, Ibnu Sinna, Al-Biruni, Ibnu Batuttah adalah contoh dari ratusan cendikiawan islam yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
  7. Jasad Rasulullah pernah cuba dicuri sebanyak 2 kali, namun kedua-duanya gagal. 


p/s:jika ada kesilapan daripada info tersebut. Saya ingin memohon maaf sesungguhnya yang salah dan silap itu semuanya datang dari kelemahan saya sendiri.

Buah melon :D

Assalamualaikum kepada readers.. 
hurm,, still takde followers. Takpe aku akan bersabar. Bersabar tu kan separuh daripada iman. 

Semalam aku dengan parents pergilah ke supermarket nak beli barang dapur katanya. Aku pun berjalan lah dengan penuh gaya. Sambil tolak trolly aku pun pergilah ke ruangan yang banyak buah.  

'wah buah melon sedap ni nyum nyum.' Aku ni memang suka sangat makan buah tembikai susu ni memang sedap nak nak lagi yang dah sejuk. Sedapnye... 

Apa ni akak kejap buah melon kejap tembikai susu, mana satu ni? Bagi korang yang tak tahu, buah tembikai susu ni selain oarang kenal dia sebagai honey dew, orang panggil jugak sebagai buah melon. 

Tiba kat rumah, sambil mengunyah tembikai susu aku pun melayarilah internet. Sambil berblogwalking. Aku pun terdetik nak tahu khasiat buah tembikai susu ni. Dah aku pun suka sangat makan kan. Dengan rasa dia yang tak terlalu manis mesti banyak khasiatnya,

Korang nak tahu ape khasiatnya? Sini aku sertakan serba sedikit kebaikan buah honeydew ni:

1. Dia mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin C yang bertindak sebagai antioksida. Antioksida ni sebenarnya melindungi tubuh kita daripada pelbagai penyakit kronik terutamanya kanser. Dan vitamin B6 yang baik untuk sistem peredaran darah. 

2. Tembikai ni jugak baik untuk ibu mengandung di mana dapat mengelakkan kecacatan ketika lahir. Kerana asid folik yang ada kat dalam tembikai susu tu sendiri.

3. Ia jugak dapat mengelakkan otot daripada berlaku kekejangan dan mengawal tekanan darah. Juga mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim yang baik untuk penghadaman.

4. Yang paling best pasal tembikai susu ni, ianya rendah kalori, bebas lemak, sodiam yang kurang dan dipercayai dapat menurunkan kandungan kolestrol dalam badan. Jadi bagi korang yang beranga nak diet tu ataupun dalam proses menurukan berat badan makanlah buah tembikai susu banyak-banyak ye.


p/s:Buah tembikai susu diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin C)

Thursday 21 June 2012

Venom Suria karya Mazni Aznita.

Hai... semua.. ceh aku cakap macam ramai je yang nak baca entri aku ni. Padahal sampai sekarang aku still takde follower'ssss sob sob sob(beria nangis dengan sapu tangan pink). 

Pada satu hari yang cerah, aku pegilah menjejakkan kaki aku ni ke kedai buku. Niat di hati memang la nak beli novel ni. Jadi aku bersama dengan Cik Amirah Marliza merangkap sepupu teruskan langkah menuju ke kedai buku. 
Tapi memang tak plan pun nak beli novel ape. Kira ni operasi tangkap dan beli terus la. Ambik satu then baca sinopsis 'hurm kahwin paksa.'.. baca lagi 'kahwin sebab wasiat'.. baca lagi 'kahwin kontrak.' baca lagi 'psangan hidup pilihan keluarga'

terdetik dalam hati 'napelah sekarang ni novel semua jalan cerita dia lebih kurang je?? Takde variasi langsung.' Katenye, at least diaorang dah boleh bangga dapat menghasilkan karya sendiri, kau ado?? 

Cari punya cari punya cari,, kelebek punya kelebek punya kelebek...
AKHIRNYA,, TAMATLAH PENCARIAN..

jeng jeng jeng dengan penuh yakin aku ambik keputusan untuk beli novel ni..




di sini aku sertakan sinopsis sekali..

Suria-seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibu kota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri disebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir. 

Izwan-seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya yang tidak disengajakan membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terpesong. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa tidak pernah kalah dengan hujahnya. 

Nazrul Aliff-seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh kepada perempuan yang dicintainya. Justeru, mampukah dia?

Mereka bertemu dalam keadaan yang berbeza, hanya untuk membuka sebuah rahsia yang telah tersimpan sejak zaman-berzaman. Kisah sumpahan yang tiada kesudahannya. Mampukah sumpahan yang telah wujud sejak zaman-berzaman mampu dimusnahkan? Dan mampukah cinta yang ikhlas mampu meluputkan sumpahan tersebut? 

Bagi aku novel ini agak menarik, first time cuba baca novel yang ada unsur thriller. Novel venom suria memang tak mengecewakan. Daripada 5 bintang mungkin aku boleh bagi 3 setengah bintang. Pada pendapat akulah, lain orang lain cita rasanya kan? Ye idak? Bak kata pepatah rambut sama hitam hati laen-laen.  



p/s: pada korang yang ingin berjinak-jinak dengan novel thriller ni. Aku sarankan korang    mulakan dengan baca novel ni. InsyaAllah takde lah menyeramkan sangat. Dan kepada yang memang minat dengan novel macam ni, aku cadangkan orang jadikan novel ni sebagai salah satu koleksi peribadi. 

Tuesday 19 June 2012

Sana Korea Sini Korea..

Assalamualaikum,,,
ok ni entri pertama aku dalam ruangan fesyen..
hurm,, hari ni semua orang cakap pasal korea. Drama korea, lagu korea, movie korea, fesyen korea, rambut korea dan bermacam lagilah.

Jadi aku pun nak share la sikit pasal fesyen korea yang cepat betul jadi ikutan oleh remaja sekarang ni. Nak ikut sangat fesyen korea kan?? Di sini aku aku tunjukkan sikit beberapa contoh style kpop yang boleh korang jadikan inspirasi. Sesuai dengan cuaca dan haba di bumi Malaysia ni. Yang penting selesa.

Gud luck ^_^  



fesyen seperti juga mungkin sesuai untuk kaum hawa yang bertudung.








disini aku sediakan beberapa web yang menjual pakaian dari Kpop style:



p/s: apa2 pun yang kita pakai. Jangan bermegah kerana rezeki itu semuanya datang dari Allah. :)



Monday 11 June 2012

TUAN TANAH








Hai u'olls....
Hah kali ni aku nak cite serba sedikit tentang diri aku untuk tatapan korang semue. Dengan harapan kite boleh menjadi kawan yang lebih baik lepas ni kan.

Nama diberi Nur Hidayah Binti Meswan.

Aku dilahirkan dalam bulan kemerekaan. Ape lagi kalau bukan bulan August.

Anak kedua daripada dua adik beradik.

me and my lovely bro.


Laman mukabuka dan twitter: iedameswan@ymail.com


Aku juga merupakan bekas pelajar TI Kuantan dan juga KMTJ.

Bukan tu je, aku pernah terlibat dengan PLKN,, owh nak cerite pasal PLKN. Hurm, kenangan dekat PLKN semuenye 'sweet sweet' belaka. Dapat mengikuti latihan PLKN juga adalah kenangan paling indah dalam hidup aku. Jadi kepada korang yang dapat ke PLKN tu janganlah risau sangat, bukan teruk mana pun latihan  yang korang kene buat. Lagipun korang akan dapat banyak input yang berguna di sana. Aku jamin korang takkan rasa menyesal mengikuti PLKN.

Seterusnye, hurm aku ni memang sangat minat baca novel. Sehingga hari ini aku dah kumpul lebih dari 30 buah koleksi novel. Sekali sekala layan novel thriller pun best jugak kan.

Prinsip hidup aku senang je JADILAH DIRI SENDIRI. Biarlah orang nak kate kite gedik ke mengade-ngade ke. Yang penting kita dan keluarga kite lebih mengenali siapa diri kite yang sebenarnye. Betul tak?

Lagi satu, sentiasa MEMINTA MAAF. Kite kene lah sentiasa meminta maaf walaupun kadang kala bukan kite yang buat salah. Tak salah kan kalau kite mengalah untuk kebaikan bersama? Lagi-lagi dengan ibu bapa selalulah minta maaf dengan diaorang. Jangan tunggu raya baru nak mintak maaf. Kadang-kadang kita tak sedar kata2 kita dah melukakan hati mereka.


Kelas 5A2 di TI.


My bff at TI.


bersama rakan-rakan di PLKN.


meet my classmate C2T8.


this is my lovely roommate along and angah.

p/s:
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."


Mata Panda


Ahlan wasalan pengunjung semue. Hah nampak tak beruang panda kat atas tu? Nampak kan? Comelkan.. Sebenarnya entri aku hari ni bukan nak cerite pasal beruang panda ni tapi pasal matanye. Ramai antara kite yang memiliki mata seakan-akan beruang panda ni. Tak terkecuali aku sendiri. Mesti korang resah, gelisah kan memikirkan cara untuk hilangkan mata yang 'menawan kalbu' ni. Kat sini aku akan kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna untuk hilangkan eye bag ni. 



Cara yang pertama: 

Korang boleh menggunakan timun ataupun uncang teh yang telah digunakan. Sejukkan dulu uncang teh tersebut. Kemudian letakkan diatas mata. Seelok-eloknya diletakkan sebelum korang hendak tidur.


Cara yang kedua:

Menggunakan eye-roll contohnya,


 ataupun krim untuk menghilangkan eye bag. Di pasaran sekarang telah menjual pelbagai krim untuk hilangkan lingkaran tersebut. Tapi hati-hati ketika memilih, mungkin sesetengah produk tidak sesuai dengan kulit kita. Nanti bukan nak hilangkan eye bag tapi muncul pulak bende lain yang tidak diundang. Jadi buatlah pilihan dengan bijak.

Cara yang ketiga: 

Korang jugak boleh menggunakan eye-mask. Tak tahu ape tu eye-mask?? Hurmm jap jap..

ha nilah dye contoh eye mask.

 Korang boleh dapatkan di Gurdian ataupun Watsons. Jangan risau harganya tidaklah terlalu mahal yang penting tiada kesan sampingan. Ataupun mungkin korang boleh dapatkan di sini: 

Cara yang terakhir:

Yang penting kalau boleh minum lah air putih secukupnya dan tidur la seawal yang mungkin. Elakkan tidur lewat malam. Kalau ada cerite kat tv ataupun sibuk na berFB tengah malam. Lupekan! Kalau tak boleh nak tahan jugak nafsu tu, fikirlah balik tentang mata panda korang tu. Sebab kalau korang pakailah produk apa pun, ratusan ringgit pun, buatlah apa sekalipun tapi masih mengamalkan habit suke tido lewat malam. Eye bag tu tetap susah nak hilang.

p/s: Pilihan ditangan anda. Pilihlah dengan bijak. Yang penting adalah kecantikan dalaman. 


MATA BERSERI DAYA TARIKAN,
JANGAN LUPA MENCUBA TIPS YANG DIBERIKAN. 


Sunday 10 June 2012

GOALLLL !!!

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah dan masih berkesempatan untuk mencoret cerite di blog kesayangan aku ni.

Hai u'olls. Ape kaba semue? Moge-moge sihat sihatlah selalu ye. Ape? kurang sihat? Hurm  kalau rase kurang sihat tu ataupun demam tu cepat2lah jumpe doktor. Sekarang ni dengan cuaca tak menentu cepat betul orang demam ye. Kalau setakat demam biase tu takpelah jugak kan? Ni datang siap dengan pakej sekali., macam Nescafe 3 IN 1, demam+batuk+selsema.

Hurm.... SEBENARNYE bukan demam tu yang aku nak cite kat sini. Tapi..
'demam euro'. 

di sini aku sertakan jadual PERTANDINGAN EURO 2012


EURO 2012 TEAMS

Antara team yang diramal menjadi juara..

SPAIN

GERMAN

ITALY

PORTUGAL


Aku? Mestilah aku sokong German. 

p/s:walau apa pun pasukan pilihan korang. Ingat! Kite tetap dengan Harimau Malaya. hehehe \:o:/  


EURO 2012 DI UKRAINE,
GERMAN PASTI JUARE. 

Oh sepatu!!

Hai u'olls.. Apa kaba? Harap2 shat shat la selalu. Semalam bersamaan dengan hari Sabtu tepat jam 11.30 aku dan keluarga telah pergi window shopping you'olls. Hajat dihati memanglah aku nak beli sepatu merah ala2 balet gitu.   


macam ni hah! merah kan? owhh i love red. 



tapi cari2 punye cari punye cari tak jugak jumpe. Last-last aku jumpe sepatu ni. Walaupun tak berape merah tapi dah ala2 kan. Tapi...



dengan secare tidak sengajanye, tibe2 mata aku tertancap pada sepasang sepatu balet lain warne coklat macam tu. Haih dah rambang mata ni. Ah sudah! tak tahu nak pilih yang mana. Melihatkan aku yang muke dah macam tengah nak jawab exam memikirkan pilihan hati. Akhirnye abah aku pun bersuare..

"ha, bagilah dia dua-dua. Takpe la Abah bayar" katanye. 

Hah seronok la aku, maklumlah anak perempuan sorang senang la dapat. Aku pun ape lagi,
 "akak bagi saiz 6. hehehe yea yea dapat kasut.." 

dah mcam budak umo 5 tahun dapat gula2 lagaknye. Ape-ape pun Abah aku memang sempoi dan sangat la memahami. Terime kasih Abah. I luf u. :d


p/s: Orang tua kite dah banyak berkorban untuk kite. Segala kemahuan dan kehendak kite, mereka berusaha untuk penuhi. Tapi bagaimana dengan kite? Pernah kah kite berusaha untuk menyenangkan hati mereka? Pernahkah kita cube untuk memahami hati dan perasaan mereka? Peringatan untuk diri sendiri jugak. 

SEPATU MERAH IDAMAN HATI,
SAME2 LAH KITA MERUBAH DIRI. :)