JALAN2..

Sunday 6 January 2013

Pergi Tak Kembali :'(

Sape yang pergi tak kembali tu,, hurm cerita dye sangat sedih you'olls. Kot ye pun ida sedih sangat janganlah sampai tak bagi salam. Ish ish ish *sambil geleng geleng kepala

Assalamualaikum,, you'olls.. ok hari ini aku nak share sikit kisah sedih antara aku dan dia walaupun kisah ni dah lama berlalu. Tapi still beri kesan yang mendalam dekat aku. Bile je aku dapat berita kehilangan dia, sumpah wey terus air mata aku jatuh tanpa diundang. Ye lah mana taknye aku sayang giler okey kat dia. Kalau boleh hari2 aku nak peluk dye, tapi sebab aku ada alergic mama aku tak bagi peluk dye sangat. Aku ingat lagi makanan feveret dia, dia suke giler kot makan carrot. Katanya baik untuk mata. ^_^ Aku pun selalu main dengan dia, sikat 'rambut' dia, selalu bermanja dengan dia, selalu tengok movie sesama. Sweet kan kiteorang?? Banyak sangat kenangan kiteorang bersama walaupun tak sampai setahun. Hurm aku rindu giler dowh kat dia, sanggup dia pergi tinggalkan aku. Dan yang peling menyedihkan dia tinggalkan aku macam tu je?? Oh no, dia tinggalkan aku tanpa sepatah perkataan pun you'olls. Kalau orang yang korang sayang pergi tanpa berkata apa-apa mesti korang frust giler kan. Tapi tulah aku pun tak leh salahkan dia jugak coz memang dia diciptakan macam tu. Orang pun selalu pesan, kalau kita betul betul sayangkan dia kita kenalah terima segala kelemahan dan kekurangan dia. Dan itulah yang aku cuba lakukan. Mesti korang tertanya-tanya kan, siapa 'dia' yang aku maksudkan, dia adalah sat noh,,,


























1
2
3
snap
nama saya momo. kbye... walaupun arnab ni tak pernah mengeluarkan kata-kata yang puitis mahupun suara suara romantik, aku tahu dia sangat sayangkan aku. Sorry momo tak dapat bersama denganmu disaat saat terakhir hayat hidupmu. Sob sob,, 


p/s:sayangilah haiwan kerana dia pun makhluk Allah yang berhak hidup dan mendapatkan keamanan serta kedamaian di muka bumi ini :)