JALAN2..

Saturday 28 July 2012

UBAT PUTUS CINTA :D

Assalamualaikum semua ditujukan kepada hamba Allah yang handsome2, cantik2, baik2, rajin2 belaka ni.. :)
cakaplah amin,, aku doakan korang ni. :)

hurmm,,, baru seminggu puase tapi kat shopping complex kat tempat aku ni punyelah sesak dah macam lagi 2 ke 3 hari nak raye. Aku rase bukan kat tempat aku je, mesti kat tempat korang pun macam tu kan? Padahal bukan lagi 3 hari tapi 3 minggu haih macam mane lah agaknye kalau lagi seminggu nak raye, agaknye lah  mall tu memang dibanjiri oleh manusia je lah kan?? Yang untungnye tukang jual jugak, tersenyum lebarlah diaorang kan sambil guling guling (hikhik) 
*okey dah melencong ke topik lain*

mesti korang bengang je kan ngan cik ieda ni 'haih straight to the point je lah. Ni nak pusing2 pulak.'
hehehe biaselah ape2 pun mesti kene ade mukadimah dulu kan??? bia suspen sikit. 



okey kite kembali ke topik asal kite. Pernah tak korang hadapi keadaaan macam ni bile putus cinta, mesti pernah kan?? Malah lebih teruk dari ni?? Nak-nak pulak kalau dah lama bersama dengan sidia kan mesti kesedihan lebih terase. Lebih2 lagi kalau tu cinta pertama, sebab orang kata biasanya cinta pertama tu lebih susah nak dilupakan. Tak tahu lah kan, orang kata bukan aku kata. Hehehe

"mungkin benarlah kata orang kalau nak jatuh cinta tu hanya memerlukan seminit malah sesaat tapi untuk melupakan mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk melupakan." 

Sebenarnya boleh je nak lupakan dimana ade kemahuan, disitu ade jalan kan?? Jadi kat sini aku nak share sikit cara2 ataupun tips untuk melupakan sidia. Tapi bukanlah secara mendadak mungkin sedikit demi sikit seiring dengan peredaran semasa. Hope dapat membantu korang yea :)

Firstly :  Kalau korang nak menangis, korang nangis lah sepuas hati. Janganlah tahan air mata tu, sekurang-kurangnye dengan menangis korang akan merase lebih relaks. Lagipun air mata ni bagus sebab dapat bersihkan mata kita. Mungkin kepada kaum Adam tu mesti korang cakap 'ape barang nangis2 ni?? Tak macholah!' Hurmm ape kedehalnye?? Korang tak payah nak ego sangat lah kan? Lelaki pun manusia jugak tak salah rasenye kalau nak nangis pun, bagi aku tu bukan satu kesalahan dan bagi aku tak macho tu bukan t'letak dekat air mata yang menitis. Tapi cara seseorang lelaki melindungi ibunya, kakaknya ataupun adiknya. :)

Secondly : Ape perasaan korang, ape yang korang rase dan perasaan kecewa yang menggunung tu sebaik-baiknye korang ceritalah dekat seseorang yang rapat dan orang yang boleh korang percaya. Tak kiralah keluarga ataupun sahabat karib. :) Ikutlah yang mana korang rase selesa. Yang penting jangan pendam sendiri. Ada baiknye korang luahkan, sekurang-kurangnye ade seseorang yang boleh bagi kekuatan dekat korang supaya lebih tabah untuk teruskan kehidupan walaupun tanpa sidia disisi. Betul tak??

Thirdly :  Korang bolehlah buang semua harta bende, gambar, barang, mesej sekalipun yang mungkin akan mengingatkan korang pada sidia. Tapi kalau agak sayang nak buang korang bolehlah simpan dekat tempat yang susah untuk korang nampak and korang ambil. Cthnye, atas almari ke, bawah katil ke, dalam bilik parents ke(tu pun kalau berani lah, ^_^). Kalau rase macam tak nak simpan tapi nak buang sayang. So korang bagi je lah balik pada sidia. Agak2 dia tak nak ambik letak je lah depan rumah dia. Angkat kaki then blah. 

Fourthly  :  Korang anggap je lah ape yang terjadi, sebagai satu suratan takdir. Mungkin bukan jodoh korang dengan dia. Ceh lepas ni mesti ade yang cakap, 'alah kau cakap senanglah Ieda, bukan kau yang kene tapi aku. Kene kat batang hidung sendiri baru tahu.' He,,, camonlah bunga bukan sekuntum belakang rumah aku ni pun banyak, rama-rama pun bukan sekor. Hah betul tu, kalau tak cukup pergi Taman Rama-Rama kat Melaka.' Tengok ni siap promote lagi. 
*okey ayat tu mungkin kejam* 
so umpamakan lah mungkin sidia bukan yang terbaik untuk korang, dan korang bukan yang terbaik untuk sidia. Siapa tahu, ingat Allah tu Maha Adil dan Dia lebih mengetahui ape yang terbaik untuk hambanya. 

"Sesungguhnya Allah itu Maha Merancang, dan Dialah sebaik-baik perancang."

Fifthly : aku perasan bile orang putus cinte je, mesti kesukaan dia akan berubah 360 darjah, mungkin sebelum ni lebih suke dengar lagu rock terus layan lagu-lagu jiwang n tangkap leleh tu. Ye aku mengaku, aku pun pernah buat. Tapi aku rase bila aku buat macam tu, bukannya hati aku bertambah tenang tapi bertambah kucar-kacir bertambah haru biru. Elok-elok tak berapa rase nak nangis terus banjir kan. Jadi aku ade cadangan di sini ape kata untuk dapatkan ketenangan tu korang ganti lah dengan dengar ayat2 al-Quran. Kalau nak baca Quran pun ok jugak, lagi bagus tapi aku tak galakkan sangat. Ye lah tengah jiwa kacau kan takut nanti habis tajwid tunggang langgang pulak. Jadi insya- Allah dengan mendengar ayat2 suci hati korang akan jadi lebih tenang. 

Lastly BUT not least : Korang tabahkanlah hati, kuatkan semangat. Seeloknye jangan lah duduk sorang-sorang, lebih baik habiskan masa dengan kengkawan takpun family lagi baik. Sebab dengan cara ni korang takkan rase kesunyian dan takkan ade mase untuk mengenang kembali memori korang bersama. Tunjukkan dekat sidia yang korang kuat dan korang boleh teruskan kehidupan walaupun tanpa dia disisi. Jangan tunjukkan korang lemah, sebab tu akan memberi kemenangan kepada sidia. Lebih-lebih lagi kalau hubungan korang hancur penyebab dari orang ketiga keempat tak kisah lah kan.


Katakan pada diri sendiri, "kalau kau boleh hidup tanpa aku, aku lagi 110 % boleh hidup tanpa kau lah."  Agak2 berani sikit cakap macam tu depan dia. Kite tengok ape respond dia. Ingat dia je boleh sakitkan hati kite? Iye dak??

YANG PENTING SEKALI : Berdoa lah pada Allah s.w.t dan mohon petunjuk dariNya. Kalau sidia memang bukan ditakdirkan untuk korang, mintalah kekuatan dari Allah untuk tabahkan hati kita supaya dapat teruskan kehidupan seperti biasa dan dapat melupakan si-ex dengan mudah. Berdoalah semoga kita mendapat pasangan yang lebih baik dan beriman supaya dia bukan saja dapat membahagiakan kite di dunia malah dapat memimpin tangan kite ke syurga. :) 





p/s : Segala yang dicoret di atas hanyalah sekadar perkongsian bersama, maaf jika ada pandangan dan cadangan tidak dapat diterima oleh sesetangah pihak. Namun macam yang saye cakap tadi hanyalah sekadar perkongsian, yang pasti saye pun manusia biasa yang banyak salah silap. Maaf jika telah menyinggung mane2 pihak sungguh tidak terlintas di hati. Ape2 pun selamat menjalani ibadat puasa semoga kite semua sentiasa berada di bawah rahmat dan lindunganNya di bulan yang mulia ini. :) Amin...

Tuesday 24 July 2012

Butik ONLINE!!!!

Assalamualaikum... salam ramadhan..
Amacam pose?? terawih?? Ade yang dah miss ke terawih, harap2 takde lah kan sebab banyak 'fadhilat' yang akan kita dapat pada 10 malam pertama terawih ni. Jadi memang agak rugilah kan kalau dah miss satu malam. Cepat je masa berlalu kan, sekejap je dah 4 hari umat islam menjalani ibadat pose. Alhamdulillah harap2 Allah masih memanjangkan umur kita agar dapat menunaikan ibadat puasa sebulan.

Ok jadi mesti korang dah terpikir-pikirkan nak pakai baju ape raye tahun ni? Fesyen ape aku nak pakai? Warna ape yang sesuai? mesti itu soalan yang bermain kat minda korang kan???

N maybe kepada korang yang duduk jauh dari bandar ataupun tinggal kat bandar yang kecik,,, tapi teringin nak dapatkan baju raye yang cantik,anggun dan vogue gitu. Tak perlu risau sekarang kan zaman berteknologi semuenye di hujung jari, klik je terus sampai depan rumah. ;d ditambah pulak dengan butik on9 yang ligat menjalankan perniagaan secara on9 kan,,

Jadi untuk entri kali ni aku nak share sikit pasal beberape perniagaan yang menjalankan perniagaan secara on9,,,

mungkin korang teringin nak pakai dress tapi tetap kelihatan sopan macam yang dekat bawah ni :-








ok sebenarnye ade banyak lagi pilihan warna dan style, korang boleh pergi ke :-





@ korang lebih suke menggayakan blouse macam ni, 



korang boleh pegi ke, 




okey itu je kot yang mampu aku share untuk hari ini, harap membantu k,,, tak kisah lah korang nak pakai style apa pun yang penting ikut kemampuan dan sebaik-baiknya janganlah terlampau bergaya sehingga menimbulkan perasaan riak dan bangga diri yea(peringatan untuk diri sendiri jugak)

ok lah assalamualaikum penduduk muka bumi Allah :)


p/s:dah ramai artis wanita yang bertudung,, alhamdulillah...Moge-moge aksi2 terlarang antara bukan muhrim yang banyak dilakukan dalam filem dan drama jugak dapat dikurangkan. :)


Friday 20 July 2012

Handphone ke sekolah????

Assalamualaikum para readers sekalian,, hurm pejam celik pejam celik esok dah nak pose dah.. alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur kita untuk merasai nikmat menunaikan ibadah pose.
Moga2 pose pada tahun ini dapat kita jalani dengan hati yang tenang dan lebih beristiqomah. 

Ok yang tadi tu mukadimah jea,,, ape yang aku nak bentangkan hari ini ialah tentang isu yang hangat diperkatakan skrg ni. Nak tahu ape dye?? owh tak tahu nampak sangat tak tengok berite ni kan kan. Isunye  nampak tak title gedabak kat atas tu. Itulah dye. Hurm yang aku tak faham ni kenapa skrg ni baru sibuk nak benarkan pelajar bawa handphone ke sekolah???(nampak jeles di situ) masa zaman aku dulu takde pun. :(

Boleh je belajar, selamat je. Aku faham lah mungkin kerajaan fikir untuk keselamatan pelajar. Almaklumlah zaman sekarang ni paham2 je lah bukan macam zaman dulu. Sebab jenayah boleh  berlaku di mana-mana. Tapi tu je lah kemudahan yang aku nampak. Yang lain lebih kepada keburukan. Dan sebagai bekas pelajar sekolah dan selaku rakyat Malaysia yang prihatin aku membantah sekeras-kerasnya pembawaan handphone ke sekolah. Chewaahhh macam lah aku ni menteri kan?

Sebab ape aku membantah sekeras-kerasnya. Sebab handphone=masalah.


1. Dengan adanya handphone, tumpuan pelajar untuk belajar semestinya akan bertambah menurun. Diaorang 'pasti' akan bermain game dan bersms masa ckgu mengajar. Nak2 waktu subjek yg diaorang tak minat. Aku  pun pernah buat masa kuliah ni kan pulak budak sekolah. (Nampak kantoi disitu), jadi tumpuan untuk belajar serta merta akan hilang.

2. Dengan adanya handphone, pelajar akan jadi berlagak dan riak. Ye lah budak zaman sekarang ni diaorang bukannye reti nak pakai handphone cikai. Kurang2 iphone kalah ckgu beb. Dan bermulalah cerita aku pakai iphone, blackberry, galaxy S3 kau pakai ape? Takkan nokia je??? Yang pasti niat bersaing untuk dapat keputusan yang excellent dalam exam bertukar menjadi niat bersaing  utk dapatkan handphone yang paling latest. = ="

3.  Bila ada handphone masalah disiplin juga akan bertambah. Kenapa aku cakap masalah disiplin akan bertambah sebabnye bila student bawa handphone kemungkinan berlakunya gejala buli sangat besar.  Kenapa aku cakap kes buli akan berlaku. Ini kerana pembuli2 ni akan aim budak2 yang bawak handphone yang mahal2 nak nak bebudak yang belagak tak hingat tu.

4. Bukan tu je kerja pengawas sekolah tu pun makin bertambah dan bertambah pening, mana taknya tambah pulak tugas baru kene cari handphone student yang hilang. Aiyyooo tambah lagi satu masalah.

5. Yang paling parahnya, diaorang akan guna gadget tu untuk tengok video2 yang tak sepatutnya. Jadi gejela menonton video seperti video lucah bakal menular di kawasan sekolah. Tak percaya?? Cube lah luluskan usul tu. Kita tengok pelajar akan jadi lebih berakal ke bernakal.

6. Bil bulanan elektrik sekolah jugak kemungkinan akan bertambah sebabnya student bukan bawak handphone je tapi mungkin akan bawak charger2 sekali.

7.  Kejadian gengsterisme jugak akan menjadi lebih mudah untuk diaorang. Ye lah senang nak hallo hallo bawak geng untuk aktiviti membelasah menumbuk menyepak menerajang sebagainya.

8. Cinta monyet, cinta kera, cinta beruk semua tu jugak akan menjadi lebih mudah. Jadi bermulalah date bagai. Yelah kalau takde handphone terpaksa pula memberi pesan dan pasang orang tengah bagai untuk membawa pesan. Nak2 kalau yang lain kelas dan lain umur terpisah berblog-blog terpaksalahkan. Tapi dengan adanya handphone hanya dengan satu klik pesanan terus sampai. Maka bermulalah peristiwa.
Jeng

jeng

jeng...

dan berlanjutanlah peristiwa tersebut bila dah duduk berdua-duaan sambil menonton video teeeettt(paham sendirilah)




p/s:nampak tak bahana bencana melapetaka dan tsunami bila benarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Jadi harap kerajaan membatalkan cadangan tersebut. Sebab apa yang aku nampak lebih kepada keburukan. Apatah lagi dalam pelajaran memang tak membantu langsung. BTW selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam. Assalamualaikum...



Friday 13 July 2012

IPTA update :)

Assalamualaikum u'olls..:)
Pe  kabo semue??
hari ni status kat fb semue pasal U...huurrrrmmm respon daripada kptsan Pakcik UPU macam2. 

1.ade yg puas aty dengan U yg diaorang dapt. 
2.Ada jugak yang susah hati sebab dapat nun jauh dari keluarga. 

Ape2 pn yang korang dapt b'syukurlah kerana korang masih bernasb baik.. kat lua tu ramai agy yg tak berjaye menenptkan dri ke U. Mgkn ade yg dapat kos yg bukan pilihan tkpe jgn pts ase. Pergi dulu mase daftr nanti then try buat penukaran kos... And kalau yg dapat jauh tu, jgn bersedih. Masa belaja ni lah kite nak kenal tempat orang. Bile lagi. Best ape merantau ni. Sebab ak pernah rase, dari pantai timur pg ke selatan. Memng penat sikit naik bas berejam-jam. Tpi best coz mase ni la kite na belajar b'dikari. 

Dengan muka mamai, seluar bunga corak2, n t-shirt lusuh ak trs capai laptop. Dengan harapan nak tahu dapat U mana. Tibe2.. 
"maaf rekod anda tiada dalam sistem".. Pampp.. ak rase macam batu bsar dah hempap kepala ak. Rse macam nyawa dah dihujung tanduk. Memang dah give up gile... Tpi kawan2 ckp dapt tu mgkan line tgh jam.  

Aku pun cek lagi sekali. Dan keputusannya alhamdulillah.. Aku dapat pilihan ke dua. 

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA
Sesi Akademik 2012/2013

Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:930827115190
NAMA:NUR HIDAYAH BINTI MESWAN
KATEGORI:J - Kategori Matrikulasi Teknikal
NOMATRIK:MT1122534150

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

EH08 SAINS PENGURUSAN PEMBINAAN
UiTM - UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA



CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA mulai 16 Julai 2012 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARANsebelum 22 Julai 2012.





p/s:alhamdulillah harap dapt buat yang terbaik untuk degree nanti.


Monday 9 July 2012

Assalamualaikum semua.. 
alahai lamanye tak update blog ni.. okey malam ni tak mao cite panjang2..
ye lah korang pun bukan rajin sangat nak baca kan? kan?

alkisah, pada satu petang:

Mira:Ida nak tengok tak gamba lecturer kita kawen??(sambil menggodeh-godeh fb)
Ida:Ohh,, cantik sangat ke?(bertanya dengan muka selamba)



1


2


3


4







keluarlah beberapa keping gamba pengantin dengan lagak mesra. Tangan pengantin lelaki di pinggang pengantin perempuan dan tangan pengantin perempuan di bahu suaminya. Dan beberapa keping lagi dan lagi,  photoshoot orang kawen la katakan so paham2 je lah,,,


gambar hiasan.



tiba-tiba!!! adik datang menerjah masuk ke bilik,, dan jeng jeng jeng bile je  mata dia terlekat kat skrin lappy...

adik:Akak? Akak? eee ape peluk2 tak baik lah. Mana baik peluk2. Tuhan kan marah.(muncung sedepa)

Ida dan Mira: ^_^"  apakah??



p/s:budak2 pun tahu bezakan mana baik, mana buruk. Apa yang boleh apa yang tak boleh inikan pulak kita yang dah baligh dan tahu berfikir. Renung-renungkan..