JALAN2..

Wednesday 20 February 2013

Wah!! Machonye dia, tapi....

Assalamualaikum,, saudara seislam,,,
hah jangan lupa jawab salam tu, tak jawab dosa, ^_^
okey,, hari ini nak cite ape ea? pikir jap ea...


hah ok dah habis pikir,,, meh sini baca dekat sikit, dekat sikit, sikit lagi, ok dah... hehe

Hani : "ida tengok tu handsome giler mamat tu!! *mata bersinar sinar* Tapi......."

hurm handsome, tampan, kacak, macho, cool, rupawan, dermawan, hartawan bla bla bla.....
lain orang lain pandangan dan citarasanya. Orang tua cakap rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Betul la tu kan? Bagi aku setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai setiap kecantikan dan kekacakan yang berbeza. Jadi tak perlulah kita merasa rendah diri dengan apa yang kita ada kan?
Dan seperti yang kita baca dialog kat atas nun, Hani rasa sangat excited dan memuji muji jejaka tampan yang dia nampak NAMUN kenapa mesti ada tapi di hujung ayat dye???
hah mesti you'olls tertanya-tanya kan?? mari kita baca dan lihat,,,



1.  Say no to smoking.

Pada pandangan aku lelaki yang tak isap rokok lagi handsome compare to lelaki yang isap rokok. Lagipun banyak sangat keburukan yang kita dapat dengan isap rokok ni. Hah rasenye tak perlulah aku bagitahu satu satu kan, semua pun dah tahu. Masalahnya kalau rokok tu just bagi keburukan kepada yang tukang isapnye je takpe lah jugak ye idak? tapi keburukannya lebih kepada yang menghidu asap rokok. Hish pantang betul aku bile pegi makan kat kedai ada orang isap rokok sebelah meja yang aku duduk tu. Nak je aku amik rokok tu patah patahkan than sumbat dalam mulut perokok tu. Biar terbakar lidah dia baru fobia dengan rokok. Hahahaha*keluar tanduk setan* hurm nak nak pulak yang isap rokok tu perempuan aduh hilang sudah  kejelitaan di situ. Dan dan yang paling aku suka lelaki yang tak isap rokok ni bibir dia lebih merah dari yang isap rokok. Awww, seksi gitu, i like. ^_^ *cukup ida cukup*



2. Say no to necklace and bangle.

Handsome dan bergaya kan?? Tapi rasanya nampak lagi handsome tanpa rantai di leher dan juga gelang. Sedar lah wahai adam, rantai bukan untuk anda tapi perhiasan untuk kaum hawa. Dalam agama Islam jugak turut menegas haram bagi lelaki memakai apa-apa perhiasan yang menampakkan seperti wanita. 

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)

Walaupun untuk berubat sekalipun, sebab banyak lagikan alternatif lain? Dengan dunia yang serba moden, takkan lah kita tak boleh nak cari alternatif lain untuk berubat. Sedangkan pelbagai teknologi baru berjaya kita cipta, kenapa tidak dalam teknologi perubatan. Lebih baik lah gelang yang dipakai digantikan dengan jam. Sekurang-kurangnya bila kita memakai jam kita lebih menghargai masa, bialah orang nak cakap,
"alah kau beria lah pakai jam, tapi datang keje datang kelas lambat jugak. Baik tak payah pakai letak kat muzium je". 
Korang jawablah balik macam ni "kire aku okey lagi walaupun tak menepati masa tapi at least aku 'hargai lah' jugak masa dengan memakai jam. Ni dah lah lambat tak menghargai masa pulak tu, jam pun tak pakai." Hah ada berani? Hah silap ari bulan makan penyepak kan korang cakap macam tu. Haha 
*masa itu periuk nasi saya*

3. Say no to short jeans.

Ok,, cuba korang tengok gambar kat atas. Mana lagi yang korang suka? Belah kanan or kiri. Kalau tanya aku opocoz la aku jawab kanan. Aduh melting melting.  huhu. Guys please lah jangan pakai seluar paras lutut bila keluar daripada macho terus ilang kemachoannya you'olls. Lagipun lutut tu kan aurat kan kan?? Ishh pantang betul aku tengok lelaki pakai seluar paras lutut than nampak bulu kaki lebat yang dah macam hutan tu, rasa macam nak tarik tarik je bulu kaki tu. Aku pernah buat okey, oppsss jangan salah sangka dekat abang aku je lah. Termasuk lelaki yang main sport tu yea kalau boleh elakkanlah pakai seluar atas lutut yea, buruk beno menegoknye. huhu 'Tepuk dada tanya iman.' 


4. Jangan meludah!

OMG jejaka jejaka diluar sana tu, tolonglah yea jangan meludah merata rata. Ish ish nampak pengotor sangat okey. Yang aku tak paham ni banyak sangat ke air liur lelaki tu sampai setiap lima minit nak kene ludah ishhh aku rasa perempuan pun ada air liur jugak tapi takde lah sampai macam tu sekali. Kalau dah muka jambu macam mana pun, tapi suka meludah merata rata ish terus Failed. Jadi jagalah diri anda yea supaya nampak lebih macho bukan hanchooo,,


5. Jauhi selipar 'jepun'!

Timah : Wauuuu! Peah handsomenye mamat tu, handsomenye kau tengok tu peah. Tengoklah sana tu. 
Peah : mane mane?? wah handsome giler Timah. Eh jap, eh tapi dia pakai selipar jepun lah. Ish taknak lah aku. 
Timah : Ye ke Peah?? Ha'ah la Peah. Ish arap baju je mahal. Tapi pakai selipar 10 hinggit je, ish reject lah.

Hah nampakkan??? jadi lelaki lelaki diluar sana, elakkan lah pakai selipar bila keluar terutamanya selipar jepun. Kalau korang nak dapat perempuan yang cantik dan gorgeous, penampilan korang pun kenelah gorgeous jugak. Barulah sesuai, takde lah nampak macam kucing dengan ayam. Eh kucing dengan ayam??  Yelah biasa nye kucing kan orang buat peluk peluk tapi ada ke orang peluk peluk ayam? Motif???  =_="      Okey go back to the topic. Tak kisah lah korang tu public figure ke tak, tapi penampilan tu penting. Gegurl zaman sekarang pun dah pandai memilih taw, dyeorang tak tengok rupa je tapi penampilan lah benda first yang akan diaorang teliti. Kalau muka korang handsome tambahan pulak penampilan menarik, sekali kenyit mata je lah perempuan akan melekat dekat korang. 


okeylah rasenye sampai sini je lah aku menaip untuk hari ini, jumpa lagi di entry akan datang. Maaf jika entry aku kali ini, menyakiti hati mana mana pihak. Hanya dari kaca mata seorang pemilik wedges 2 inci. 'Oh perempuan dan kasut ibarat lirik dan lagu memang tak dapat dipisahkan.' Huhuhu mungkin kalau ini blog elfira loy ke almy nadia ke nazim othman atau david teo yang punya maybe mereka akan menulis sesuatu yang berlainan daripada apa yang aku tulis. Yang paling penting selalu lah senyum dengan ikhlas kerana hanya dengan satu senyuman sahaja mungkin kita akan memberikan seribu satu tarikan kepada orang lain. 

p/s : First impression is important walaupun orang selalu cakap don't judge book by is cover. 

Monday 18 February 2013

You And Me

Di sini kita bertemu,,
kau hulur salam perkenalan, 
lalu ingin berteman denganku, 
oohh no,,, oh no adakah ini mimpi buatku???

aku pergi dan pergi,
terus berlari menjauhkan diri, 
kerna ku tahu diriku tak setanding kamu, 
oh mengapakah....

why?? I must like you??
why?? I fall in love with you??
why?? I miss you?? 
why?? i need you??
why?? i love you??

why,,,, why,,, why,,,

kau berjumpa orang tuaku,
mahu menikahi aku,
untuk bersama denganmu hingga akhir hayatmu,,,

betapa indahnya kisah kita, 
kau menerima diriku seadanya,
dan ku juga menerima dirimu,
owh inilah kisah you and me,,, 


p/s : rekaan semata-mata. ^_^



THE BEST DRAMA EVER :)

Hai semua bertemu kita kembali di blog iedameswan.blogspot.com. Ari ni aku nak cite sikit hah pasal drama  yang aku suka sangat tengok zaman muda muda dulu. XD dulu cite petang2 kat tv best best wa cakap lu. Start pukul 2.30 sampai pukul 5.30 mesti dok bertapa kat depan tv, bukak siaran TV3. Start dengan cerita amerika latin/mexico kemudian filipina dan akhirnya thailand. Mungkin korang yang lahir sezaman aku je lalui perjalanan cerita ni kan??? Masa tu takde lagi cerita indon ni. Cerita dulu pun meleret leret tapi cerita dia logik dan masuk akal tak macam sekarang cite yang entah apa-apa. Nak nak cite indon adoyai sesak nafas nak tunggu tamat, dah lah ceritanya sangat lah tak logik di zaman melinium ni. Then, jalan cerita pulak lebih kurang je kadang-kadang pelakonnya pun orang yang sama. Cuma harapkan muka kacak dan comel pelakon untuk tarik rating tapi sudahnya jalan cerita hampeh. Walaupun dulu aku mengaku lah aku salah seorang peminat drama dari seberang. Tapi sekarang ni nak tengok pun takde selera. 
*maaflah kepada peminat cerita indon HEHE tak berniat hendak mengkritik hanya luahan dari hati yang ikhlas

so now, I'm gonna to share a little bit of awesome drama that I like to watch. Mungkin siapa yang lahir pada zaman aku tahu drama-drama ni,

  1. Wai rai high school-thailand

2. Freshy high school sambungan wai rai high school


3. Soda and ice tea-thailand


4. Pangko sayo-filipina


5. Rosalinda-mexico 


6. Sanay Wala Nang Wakas-filipina


7. Ikaw Ang Lahat Sa Akin-filipina 


8.Rubi-mexico


9.Sebenarnya banyak lagi drama legend dulu dulu aku nak cerita tapi aku lupa pulak tajuk dia. Maklumlah usia pun makin meningkat,, ingatan pun makin lemah. Hohoho
*amboi macam dah tua sangat je


Tapi sekarang semuanya tinggal sejarah, katanye. Almaklumlah sekarang ni semua orang sibuk terkejar kejar tengok cerita korea. Yelah mana taknya pelakon comel2 katanye. Walaupun ada yang cakap muka asal orang korea ni tak comel pun sebenarnya, tapi dyeorang cenderung buat plastic surgery. Betul ke??? Tak kisah lah tu semua kan, yang penting jalan cerita dia best dan sweet jea. Lagipun drama korea ni tak heavy macam drama filipina, thailand semua tu coz episod dye pun tak banyak, nak download pun senang kan. Suke suke. Aku pun salah seorang peminat drama korea jugak hehe cerita je lah lagu2 aku tak minat sangat. Tambahan pulak watak antagonis dia pun tak sakit hati sangat kalau nak compare dengan cite thailand tu, dah jahat jahat sangattt. 


okeylah sampai disini sahaja post untuk hari ni. Salam sayang dari Ida ;) 

p/s : in journey to finish watch marry me mary! korean drama. ^_^


pelakon utama marry me mary! Awww i like the hair and I want the hair like her too!!  ^o^

Thursday 7 February 2013

Cinta2u.my

Assalamualaikum,, :)
Ok hari ni aku nak buat review sikit pasal novel yang baru habis aku baca. Nak buat review pasal movie baru aku ni bukan kaki wayang. Jadi aku buat je lah mana yang aku mampu. Ye dak?? 

Novel Cinta2u.my agak menarik lah jugak pada pandangan dan selera aku. Ye lah lain orang lain seleranya kan. Bagi aku ia memang sesuai untuk semua peringkat umur, dan untuk orang yang inginkan story yang santai serta tak terlalu memberatkan kepala. Walaupun aku agak sakit ati sedikit dengan watak utama yang mempunyai karakter yang suka memendam rasa dan bertindak tanpa berfikir panjang tapi gaya penulisannya agak menarik membuatkan aku berjaya habiskan novel ni hanya dalam masa tidak kurang dua hari. Yuhuu Yelah kalau pun cerita tu menarik tetapi gaya penulisannya agak 'kureng' akan membuatkan pembaca berasa mudah bosan dan tak tertarik untuk menghabiskan pembacaan.

 Karya yang ditulis oleh Weeda Airiza ni mengetengahkan kisah percintaan diantara golongan artis dan orang biasa. Ini serba sedikit sinopsis daripada novel tersebut:-

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!


Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan cut! kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!




ok lah bye bye :) nanti kalo ade novel menarik aku buat review lagi okey. 

p/s : "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan ." c&p renungan untuk hari ini.