JALAN2..

Wednesday 20 February 2013

Wah!! Machonye dia, tapi....

Assalamualaikum,, saudara seislam,,,
hah jangan lupa jawab salam tu, tak jawab dosa, ^_^
okey,, hari ini nak cite ape ea? pikir jap ea...


hah ok dah habis pikir,,, meh sini baca dekat sikit, dekat sikit, sikit lagi, ok dah... hehe

Hani : "ida tengok tu handsome giler mamat tu!! *mata bersinar sinar* Tapi......."

hurm handsome, tampan, kacak, macho, cool, rupawan, dermawan, hartawan bla bla bla.....
lain orang lain pandangan dan citarasanya. Orang tua cakap rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Betul la tu kan? Bagi aku setiap manusia yang diciptakan oleh Allah s.w.t mempunyai setiap kecantikan dan kekacakan yang berbeza. Jadi tak perlulah kita merasa rendah diri dengan apa yang kita ada kan?
Dan seperti yang kita baca dialog kat atas nun, Hani rasa sangat excited dan memuji muji jejaka tampan yang dia nampak NAMUN kenapa mesti ada tapi di hujung ayat dye???
hah mesti you'olls tertanya-tanya kan?? mari kita baca dan lihat,,,



1.  Say no to smoking.

Pada pandangan aku lelaki yang tak isap rokok lagi handsome compare to lelaki yang isap rokok. Lagipun banyak sangat keburukan yang kita dapat dengan isap rokok ni. Hah rasenye tak perlulah aku bagitahu satu satu kan, semua pun dah tahu. Masalahnya kalau rokok tu just bagi keburukan kepada yang tukang isapnye je takpe lah jugak ye idak? tapi keburukannya lebih kepada yang menghidu asap rokok. Hish pantang betul aku bile pegi makan kat kedai ada orang isap rokok sebelah meja yang aku duduk tu. Nak je aku amik rokok tu patah patahkan than sumbat dalam mulut perokok tu. Biar terbakar lidah dia baru fobia dengan rokok. Hahahaha*keluar tanduk setan* hurm nak nak pulak yang isap rokok tu perempuan aduh hilang sudah  kejelitaan di situ. Dan dan yang paling aku suka lelaki yang tak isap rokok ni bibir dia lebih merah dari yang isap rokok. Awww, seksi gitu, i like. ^_^ *cukup ida cukup*



2. Say no to necklace and bangle.

Handsome dan bergaya kan?? Tapi rasanya nampak lagi handsome tanpa rantai di leher dan juga gelang. Sedar lah wahai adam, rantai bukan untuk anda tapi perhiasan untuk kaum hawa. Dalam agama Islam jugak turut menegas haram bagi lelaki memakai apa-apa perhiasan yang menampakkan seperti wanita. 

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru perempuan dan wanita-wanita yang meniru-niru lelaki”. (Riwayat Imam Bukhari)

Walaupun untuk berubat sekalipun, sebab banyak lagikan alternatif lain? Dengan dunia yang serba moden, takkan lah kita tak boleh nak cari alternatif lain untuk berubat. Sedangkan pelbagai teknologi baru berjaya kita cipta, kenapa tidak dalam teknologi perubatan. Lebih baik lah gelang yang dipakai digantikan dengan jam. Sekurang-kurangnya bila kita memakai jam kita lebih menghargai masa, bialah orang nak cakap,
"alah kau beria lah pakai jam, tapi datang keje datang kelas lambat jugak. Baik tak payah pakai letak kat muzium je". 
Korang jawablah balik macam ni "kire aku okey lagi walaupun tak menepati masa tapi at least aku 'hargai lah' jugak masa dengan memakai jam. Ni dah lah lambat tak menghargai masa pulak tu, jam pun tak pakai." Hah ada berani? Hah silap ari bulan makan penyepak kan korang cakap macam tu. Haha 
*masa itu periuk nasi saya*

3. Say no to short jeans.

Ok,, cuba korang tengok gambar kat atas. Mana lagi yang korang suka? Belah kanan or kiri. Kalau tanya aku opocoz la aku jawab kanan. Aduh melting melting.  huhu. Guys please lah jangan pakai seluar paras lutut bila keluar daripada macho terus ilang kemachoannya you'olls. Lagipun lutut tu kan aurat kan kan?? Ishh pantang betul aku tengok lelaki pakai seluar paras lutut than nampak bulu kaki lebat yang dah macam hutan tu, rasa macam nak tarik tarik je bulu kaki tu. Aku pernah buat okey, oppsss jangan salah sangka dekat abang aku je lah. Termasuk lelaki yang main sport tu yea kalau boleh elakkanlah pakai seluar atas lutut yea, buruk beno menegoknye. huhu 'Tepuk dada tanya iman.' 


4. Jangan meludah!

OMG jejaka jejaka diluar sana tu, tolonglah yea jangan meludah merata rata. Ish ish nampak pengotor sangat okey. Yang aku tak paham ni banyak sangat ke air liur lelaki tu sampai setiap lima minit nak kene ludah ishhh aku rasa perempuan pun ada air liur jugak tapi takde lah sampai macam tu sekali. Kalau dah muka jambu macam mana pun, tapi suka meludah merata rata ish terus Failed. Jadi jagalah diri anda yea supaya nampak lebih macho bukan hanchooo,,


5. Jauhi selipar 'jepun'!

Timah : Wauuuu! Peah handsomenye mamat tu, handsomenye kau tengok tu peah. Tengoklah sana tu. 
Peah : mane mane?? wah handsome giler Timah. Eh jap, eh tapi dia pakai selipar jepun lah. Ish taknak lah aku. 
Timah : Ye ke Peah?? Ha'ah la Peah. Ish arap baju je mahal. Tapi pakai selipar 10 hinggit je, ish reject lah.

Hah nampakkan??? jadi lelaki lelaki diluar sana, elakkan lah pakai selipar bila keluar terutamanya selipar jepun. Kalau korang nak dapat perempuan yang cantik dan gorgeous, penampilan korang pun kenelah gorgeous jugak. Barulah sesuai, takde lah nampak macam kucing dengan ayam. Eh kucing dengan ayam??  Yelah biasa nye kucing kan orang buat peluk peluk tapi ada ke orang peluk peluk ayam? Motif???  =_="      Okey go back to the topic. Tak kisah lah korang tu public figure ke tak, tapi penampilan tu penting. Gegurl zaman sekarang pun dah pandai memilih taw, dyeorang tak tengok rupa je tapi penampilan lah benda first yang akan diaorang teliti. Kalau muka korang handsome tambahan pulak penampilan menarik, sekali kenyit mata je lah perempuan akan melekat dekat korang. 


okeylah rasenye sampai sini je lah aku menaip untuk hari ini, jumpa lagi di entry akan datang. Maaf jika entry aku kali ini, menyakiti hati mana mana pihak. Hanya dari kaca mata seorang pemilik wedges 2 inci. 'Oh perempuan dan kasut ibarat lirik dan lagu memang tak dapat dipisahkan.' Huhuhu mungkin kalau ini blog elfira loy ke almy nadia ke nazim othman atau david teo yang punya maybe mereka akan menulis sesuatu yang berlainan daripada apa yang aku tulis. Yang paling penting selalu lah senyum dengan ikhlas kerana hanya dengan satu senyuman sahaja mungkin kita akan memberikan seribu satu tarikan kepada orang lain. 

p/s : First impression is important walaupun orang selalu cakap don't judge book by is cover. 

No comments:

Post a Comment