JALAN2..

Thursday 7 February 2013

Cinta2u.my

Assalamualaikum,, :)
Ok hari ni aku nak buat review sikit pasal novel yang baru habis aku baca. Nak buat review pasal movie baru aku ni bukan kaki wayang. Jadi aku buat je lah mana yang aku mampu. Ye dak?? 

Novel Cinta2u.my agak menarik lah jugak pada pandangan dan selera aku. Ye lah lain orang lain seleranya kan. Bagi aku ia memang sesuai untuk semua peringkat umur, dan untuk orang yang inginkan story yang santai serta tak terlalu memberatkan kepala. Walaupun aku agak sakit ati sedikit dengan watak utama yang mempunyai karakter yang suka memendam rasa dan bertindak tanpa berfikir panjang tapi gaya penulisannya agak menarik membuatkan aku berjaya habiskan novel ni hanya dalam masa tidak kurang dua hari. Yuhuu Yelah kalau pun cerita tu menarik tetapi gaya penulisannya agak 'kureng' akan membuatkan pembaca berasa mudah bosan dan tak tertarik untuk menghabiskan pembacaan.

 Karya yang ditulis oleh Weeda Airiza ni mengetengahkan kisah percintaan diantara golongan artis dan orang biasa. Ini serba sedikit sinopsis daripada novel tersebut:-

Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!


Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan cut! kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!




ok lah bye bye :) nanti kalo ade novel menarik aku buat review lagi okey. 

p/s : "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan ." c&p renungan untuk hari ini. 



1 comment:

  1. Novel ni best sngt2😆saye rse klau novel ni masuk tv mcm "love u mr.arrogant" tu mesti lgi best

    ReplyDelete