JALAN2..

Friday 20 July 2012

Handphone ke sekolah????

Assalamualaikum para readers sekalian,, hurm pejam celik pejam celik esok dah nak pose dah.. alhamdulillah Allah masih memanjangkan umur kita untuk merasai nikmat menunaikan ibadah pose.
Moga2 pose pada tahun ini dapat kita jalani dengan hati yang tenang dan lebih beristiqomah. 

Ok yang tadi tu mukadimah jea,,, ape yang aku nak bentangkan hari ini ialah tentang isu yang hangat diperkatakan skrg ni. Nak tahu ape dye?? owh tak tahu nampak sangat tak tengok berite ni kan kan. Isunye  nampak tak title gedabak kat atas tu. Itulah dye. Hurm yang aku tak faham ni kenapa skrg ni baru sibuk nak benarkan pelajar bawa handphone ke sekolah???(nampak jeles di situ) masa zaman aku dulu takde pun. :(

Boleh je belajar, selamat je. Aku faham lah mungkin kerajaan fikir untuk keselamatan pelajar. Almaklumlah zaman sekarang ni paham2 je lah bukan macam zaman dulu. Sebab jenayah boleh  berlaku di mana-mana. Tapi tu je lah kemudahan yang aku nampak. Yang lain lebih kepada keburukan. Dan sebagai bekas pelajar sekolah dan selaku rakyat Malaysia yang prihatin aku membantah sekeras-kerasnya pembawaan handphone ke sekolah. Chewaahhh macam lah aku ni menteri kan?

Sebab ape aku membantah sekeras-kerasnya. Sebab handphone=masalah.


1. Dengan adanya handphone, tumpuan pelajar untuk belajar semestinya akan bertambah menurun. Diaorang 'pasti' akan bermain game dan bersms masa ckgu mengajar. Nak2 waktu subjek yg diaorang tak minat. Aku  pun pernah buat masa kuliah ni kan pulak budak sekolah. (Nampak kantoi disitu), jadi tumpuan untuk belajar serta merta akan hilang.

2. Dengan adanya handphone, pelajar akan jadi berlagak dan riak. Ye lah budak zaman sekarang ni diaorang bukannye reti nak pakai handphone cikai. Kurang2 iphone kalah ckgu beb. Dan bermulalah cerita aku pakai iphone, blackberry, galaxy S3 kau pakai ape? Takkan nokia je??? Yang pasti niat bersaing untuk dapat keputusan yang excellent dalam exam bertukar menjadi niat bersaing  utk dapatkan handphone yang paling latest. = ="

3.  Bila ada handphone masalah disiplin juga akan bertambah. Kenapa aku cakap masalah disiplin akan bertambah sebabnye bila student bawa handphone kemungkinan berlakunya gejala buli sangat besar.  Kenapa aku cakap kes buli akan berlaku. Ini kerana pembuli2 ni akan aim budak2 yang bawak handphone yang mahal2 nak nak bebudak yang belagak tak hingat tu.

4. Bukan tu je kerja pengawas sekolah tu pun makin bertambah dan bertambah pening, mana taknya tambah pulak tugas baru kene cari handphone student yang hilang. Aiyyooo tambah lagi satu masalah.

5. Yang paling parahnya, diaorang akan guna gadget tu untuk tengok video2 yang tak sepatutnya. Jadi gejela menonton video seperti video lucah bakal menular di kawasan sekolah. Tak percaya?? Cube lah luluskan usul tu. Kita tengok pelajar akan jadi lebih berakal ke bernakal.

6. Bil bulanan elektrik sekolah jugak kemungkinan akan bertambah sebabnya student bukan bawak handphone je tapi mungkin akan bawak charger2 sekali.

7.  Kejadian gengsterisme jugak akan menjadi lebih mudah untuk diaorang. Ye lah senang nak hallo hallo bawak geng untuk aktiviti membelasah menumbuk menyepak menerajang sebagainya.

8. Cinta monyet, cinta kera, cinta beruk semua tu jugak akan menjadi lebih mudah. Jadi bermulalah date bagai. Yelah kalau takde handphone terpaksa pula memberi pesan dan pasang orang tengah bagai untuk membawa pesan. Nak2 kalau yang lain kelas dan lain umur terpisah berblog-blog terpaksalahkan. Tapi dengan adanya handphone hanya dengan satu klik pesanan terus sampai. Maka bermulalah peristiwa.
Jeng

jeng

jeng...

dan berlanjutanlah peristiwa tersebut bila dah duduk berdua-duaan sambil menonton video teeeettt(paham sendirilah)




p/s:nampak tak bahana bencana melapetaka dan tsunami bila benarkan pelajar membawa handphone ke sekolah. Jadi harap kerajaan membatalkan cadangan tersebut. Sebab apa yang aku nampak lebih kepada keburukan. Apatah lagi dalam pelajaran memang tak membantu langsung. BTW selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam. Assalamualaikum...



2 comments: