JALAN2..

Thursday 21 June 2012

Venom Suria karya Mazni Aznita.

Hai... semua.. ceh aku cakap macam ramai je yang nak baca entri aku ni. Padahal sampai sekarang aku still takde follower'ssss sob sob sob(beria nangis dengan sapu tangan pink). 

Pada satu hari yang cerah, aku pegilah menjejakkan kaki aku ni ke kedai buku. Niat di hati memang la nak beli novel ni. Jadi aku bersama dengan Cik Amirah Marliza merangkap sepupu teruskan langkah menuju ke kedai buku. 
Tapi memang tak plan pun nak beli novel ape. Kira ni operasi tangkap dan beli terus la. Ambik satu then baca sinopsis 'hurm kahwin paksa.'.. baca lagi 'kahwin sebab wasiat'.. baca lagi 'kahwin kontrak.' baca lagi 'psangan hidup pilihan keluarga'

terdetik dalam hati 'napelah sekarang ni novel semua jalan cerita dia lebih kurang je?? Takde variasi langsung.' Katenye, at least diaorang dah boleh bangga dapat menghasilkan karya sendiri, kau ado?? 

Cari punya cari punya cari,, kelebek punya kelebek punya kelebek...
AKHIRNYA,, TAMATLAH PENCARIAN..

jeng jeng jeng dengan penuh yakin aku ambik keputusan untuk beli novel ni..




di sini aku sertakan sinopsis sekali..

Suria-seorang wartawan yang periang dan berdedikasi. Dibesarkan oleh ayah tanpa ibu di sisi menjadikan dia berani dan sentiasa yakin dengan dirinya. Sebuah kes luarbiasa yang berlaku di ibu kota membuatkan dia obses mahu merungkai misteri disebalik kes tersebut. Namun semua ini menemukan dia dengan dua lelaki berbeza watak dan takdir. 

Izwan-seorang anggota polis yang bersifat panas baran dan tegas. Kecewa dengan kematian isterinya yang tidak disengajakan membuatkan dia lelaki yang penuh dengan prasangka dan dendam yang membuak-buak. Namun pertemuannya dengan Suria, membuatkan lagaknya terpesong. Dia hilang suara setiap kali bertingkah kata dengan gadis yang sentiasa tidak pernah kalah dengan hujahnya. 

Nazrul Aliff-seorang yang sentiasa tenang, tetapi murah dengan senyuman. Tetapi tidak ada sesiapa yang menyangka hidupnya lebih rumit dari rupanya. Hidup sebagai lelaki terpilih menjadikan dia derita dalam diam. Lagi-lagi tugas yang harus dipikul memaksa dia menjadi pembunuh kepada perempuan yang dicintainya. Justeru, mampukah dia?

Mereka bertemu dalam keadaan yang berbeza, hanya untuk membuka sebuah rahsia yang telah tersimpan sejak zaman-berzaman. Kisah sumpahan yang tiada kesudahannya. Mampukah sumpahan yang telah wujud sejak zaman-berzaman mampu dimusnahkan? Dan mampukah cinta yang ikhlas mampu meluputkan sumpahan tersebut? 

Bagi aku novel ini agak menarik, first time cuba baca novel yang ada unsur thriller. Novel venom suria memang tak mengecewakan. Daripada 5 bintang mungkin aku boleh bagi 3 setengah bintang. Pada pendapat akulah, lain orang lain cita rasanya kan? Ye idak? Bak kata pepatah rambut sama hitam hati laen-laen.  



p/s: pada korang yang ingin berjinak-jinak dengan novel thriller ni. Aku sarankan korang    mulakan dengan baca novel ni. InsyaAllah takde lah menyeramkan sangat. Dan kepada yang memang minat dengan novel macam ni, aku cadangkan orang jadikan novel ni sebagai salah satu koleksi peribadi. 

No comments:

Post a Comment