JALAN2..

Friday 22 June 2012

Tentang Islam

Okey hari ni aku nak kongsi sikit pasal beberapa fakta menarik tentang islam ni:
  1. Tahu tak korang? Nama yang paling banyak digunakan di dunia adalah Muhammad diikuti nama Jack.
  2. Perkataan-perkataan berikut adalah berasal daripada bahasa Arab iaitu Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Balcony bahkan Alcohol.
  3. Berdasarkan data daripada Kementerian Pertahanan AS. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama islam berkhidmat di US Militari.
  4. Solat pertama yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat adalah solat Asar.
  5. Sebanyak 23 perang semasa Rasulullah memimpin, hanya satu sahaja yang mengalami kekalahan iaitu perang Uhud.
  6. Al-Khawarizmi, Ibnu Khaldun, Ibnu Sinna, Al-Biruni, Ibnu Batuttah adalah contoh dari ratusan cendikiawan islam yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.
  7. Jasad Rasulullah pernah cuba dicuri sebanyak 2 kali, namun kedua-duanya gagal. 


p/s:jika ada kesilapan daripada info tersebut. Saya ingin memohon maaf sesungguhnya yang salah dan silap itu semuanya datang dari kelemahan saya sendiri.

2 comments: