JALAN2..

Sunday 21 July 2013

MEMBAZIR DI BULAN RAMADHAN.

Bismillahirohmanirahim...
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut bulan ramadhan pada tahun ini. Okey bersempena bulan puasa ni kita taknak lah kutuk kutuk or mengumpat pasal orang kan. Kalau boleh nak cakap benda baik je kan? Tengok lagu pun dah tukar, insyaAllah kita sama sama berbuat baik di bulan yang mulia ini dan berterusan sampai bile bile okey! ^_^ Gud bagus anak2 semua macam ni lah. Hikhik 

okey kite nak cite ape ea sempena bulan ramadhan ni. Hah aku ada satu perkataan yang aku rase sangat menarik untuk dibahaskan. Hah! Apa dia? This is we said as 'membazir'. Ish ish pada bulan ramadhan ni nampaknya rakyat Malaysia menjadi semakin membazir. MasyaAllah. Fakta juga ada mengatakan rakyat Malaysia lebih banyak membuang sisa makanan pada bulan ramadhan. Ape? Betul ke ni? Betul nak. Mak baru dengar fakta ni dalam berita semalam. Huhu *bercakap dengan penuh semangat*

Sebenarnya tak salah pun kalau kite nak beli segala macam makanan gajoh, rima, beruang (dipetik dari ayat mama aku) sekalipun sebab masa ni lah banyak makanan baru yang dicipta yang memang kita tak jumpa pun dibulan lain dik. Termasuklah beraneka jenis ayam telah dihasilkan. Hah contohnye, ayam pusing, ayam tempayan, ayam percik, ayam tergolek berguling guling semua ade dik. Bulan lain tak jumpa dik, bulan ramadhan je ade dik. Tak cakap lagi pasal kuih muih, segala macam kuih dijual dik seperti cekmek molek, onde onde, kuih lapis, kuih bakar, puteri mandi, badak berendam, itik berjalan terkedek kedek. *eh. sampai tak tersebut dik. hikhikhik

Masa bulan puasa ni lah kita nak makan benda yang tak ada pada bulan lain. Tapi jangan sampai membazir okey! Kalau rasa kita tak dapat habiskan eloklah control sedikit nafsu kita tu yea. Biar kita yang control nafsu jangan nafsu yang control kita.

Tips untuk kuat ketika bulan puasa, waktu berbuka banyakkan minum air putih dan makan buah kurma. Sebab buah kurma ni mampu mengenyangkan perut kita. Ape? Tak suke? Eh akak dulu pun tak suka buah kurma ni dik, tapi bila dah makan satu eh rase nak lagi pulak. Kat rumah akak ni hah sampai berkotak kotak dik buah kurma berjaya dihabiskan masa bulan ramadhan. Rasa dulu dik tak rasa tak suka dik. Tak gitu?

p/s : Selamat menjalani ibadah puasa fasa kedua kepada seluruh umat islam. Btw korang jangan tanye mak bapak pulak ape tu ayam tergolek berguling guling dengan kuih itik berjalan terkedek kedek. Sebab memang takde pun, tu rekaan je semata mata. Hikhik jangan marah tapi tak tahu lah pulak kalau dah ade kan? Kalau ade tu, sila sila lah share yea. ^_^ huhu ok lah bye semua. Semoga kita memperoleh lebih kebaikan di bulan puasa ini. InsyaAllah. 


No comments:

Post a Comment