JALAN2..

Monday 29 July 2013

Jom buat puding roti.

Assalamualaikum,,, 
bertemu kita kembali dalam rancangan masak memasak. Hehe arini kite tukar selera pulak kan asyik berstory je so ari ni nak buat kelainan sikit. Disebabkan kebosanan tahap melampau sampai rase nak hentak kepala kat dinding takpun nak tidur je sampai tak reti nak bangun. Jadinye mood memasak dengan suke relanya muncul. Hoho walaupun hakikatnye memang tak pandai masak pun. Tapi apedehal sekarang ni teknologi semua ada, antara nak ngan taknak je. Huhu jangan lah jadi macam aku bile time nak masak dekat rumah sewa baru sibuk col mak mintak resepi hehehe podah malas belajar masak. 

dialog bersama ayah ku tersayang. ^_^
Aku : Adik nak cari budak fak engineering lah. Hehehe orang cakap handsome handsome.
Abah : Baik ada cari dekat fak kalunari, senang nanti adik takyah masak. Hehehe 
*amboi bapak aku ni pun macam paham paham je ape yang terbuku dihati. Takde lah sampai tak nak masak langsung kan? Nanti dah kahwin nak jugak masak untuk 'encik somi' kan, nak jugak masak makanan kesukaan 'encik somi' kan? Nanti takde lah 'encik somi' berkampung dekat warung hujung taman pulak. Lain pulak jadinya kan? Dahlah sama gender, ish 'nauzubillahminalzalik'. Yelah biasa tukang masak dekat kedai makan kan lelaki jarang bebeno nak jumpe tukang masak perempuan kat food stall. Hehehe 
nampak tak kat situ lelaki lagi terer bak masak memasak ni daripada perempuan?? Sebab tu lah antara kriteria lelaki idaman aku adalah yang pandai memasak. Huhu jadinya boleh main masak sama sama kat dapur. Awww sweetnye.~ Selain dapat menghasilkan makanan yang sedap, dapat jugak mengeratkan hubungan silaturohim diantara suami isteri. Amboi jauhnye pikir hoho
*tapi kalau tak pandai masak pun takpe at least rajin. 

out of topic. Okey jadi inilah dia antara bahan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan puding roti,

*dalam gambar tertinggal telur. 

1. susu segar 800ml(tak kisah jenama apa pun)
2. sebiji telur
3. satu sudu teh esen vanilla
4. 15 keping roti (tak kisah jenama apa pun and lebih pun takpe)
5. satu cawan gula pasir
6. 5 sudu besar marjerin
7. choco chip untuk hiasan

dan cara caranya adalah.

1. masukkan kemudian gaulkan marjerin dan gula tersebut dalam mangkuk besar. Macam ni.


2. Kemudian, lepas dah gaul. Masukkan susur segar tak kisah lah jenama ape pun dan gaulkan sekali sehingga sebati.

3. Okey mase aku buat step ke2 aku agak pelik lah, kenapa marjerin tu macam berketul ketul. Dalam hati risau lah jugak takut nanti tak jadi pastu kene buat yang baru kan. Nasib baik mama aku cakap takpe jangan risau nanti marjerin tu akan cair sendiri masa kita bakar. Tapi aku still was was dan nak tahu mama aku cakap apa? 'mama tahu lah mama biasa buat kek'. Hah dengar cakap 'senior' jangan melawan. huhu 

4. Step no four, carikkan roti kemudian masukkan dalam mangkuk yang telah sebati dengan susu, gula dan marjerin. (tak kisah carik kepada beberapa bahagian pun. It's up to you) kemudian kacau lagi lagi dan lagi. 

5.  Last but not least, *pergh speking u'olls. Masukkan esen vanilla dan telur, kemudian gaul lagi sehingga 'berkahwin' kesemuanya. 

6. Masukkan dalam loyang dan hiaskan dengan choco chip supaya nampak lebih menarik tertarik kau memang dabooom! Dan kalau ada roti lebih, boleh carik carik kan kemudian tambah atas acuan tersebut supaya puding tu lebih keras dan tak terlalu lembik. EH NANTI DULU! untuk mengelakkan puding roti tu melekat, korang letakkan dulu aluminium coil. Like this, 

*boleh jugak digantikan dengan kismis sebagai hiasan. 

7. Dan masukkan lah dalam oven, 150°C, 20-30 minit(masa mengikut kepada kebolehkerjaan puding menjadi keras, jadi kalau lembik boleh tambah masa)

8. dan siap!

*sila abaikan tudung saji tu. 

p/s : boleh lah alter ikut selera masing masing. Aku buat hari tu, kurang menjadi sebab sedikit lembik. Mungkin disebabkan roti kurang coz aku hanya gunakan 13 keping roti saja. Jadi untuk elakkan kejadian tersebut daripada berulang korang boleh lah guna roti banyak banyak lebih dari 15 keping pun takpe. Ok selamat mencuba. ;-)

No comments:

Post a Comment